Friday, January 11, 2013

Kemenangan Kristian Kebanggaan Pakatan Rakyat.

Aku amat terkejut dan tak tau apa lagi yg nak tulis bila terbaca satu petikan dari web Suara Pakatan Rakyat yg amat mengecewakan ni. Hanya pembaca dan pembaca setia DKS mampu menilaikannya. Hayatilah petikan yg aku ambil utk dikongsi bersama.


"SETAKAT hari ini penulis menerima respon yang sangat positif dari kalangan rakyat Malaysia yang menghargai perjuangan Pakatan Rakyat dalam memastikan kalimah Allah ini boleh digunakan dalam gereja, kitab Bible dan sebagainya.

Rata-rata mereka menyifatkan keputusan semalam (walaupun hanya keputusan lama yang diperbaharui semula), mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dalam senario politik tanah air kerana buat pertama kalinya, perakuan PAS mengenai hal ini telah direkodkan dalam bentuk visual, audio dan bertulis.

Justeru, tidak ada alasan lagi kenapa pemimpin dan ahli PAS mahu membantah penggunaan perkataan Allah oleh pihak gereja selepas ini kerana perakuan mengenainya telah dibuat sendiri oleh pemimpin mereka, melainkan mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti tersebut.

Jika itu berlaku, penulis tidak rasa ada yang berminat untuk menghalang mereka dari keluar.

Misi seterusnya selepas ini, rakyat mahu Pakatan Rakyat mendesak pihak kerajaan agar meneruskan pertikaian mengenai perkara ini yang masih tergantung di Mahkamah Tinggi sejak 2010.

Yang dimaksudkan ialah, keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan pihak Gereja untuk menggunakan kalimah tersebut dalam terbitan mingguannya, The Herald, yang mana keputusan tersebut masih tergantung sehingga kini setelah hakim itu sendiri membenarkan permohonan untuk menangguhkan perlaksanaan perintah tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jika kerajaan BN masih berdolak dalih mengenainya, Pakatan Rakyat perlu membantu pihak gereja mengemukakan permohonan baru di Mahkamah. Pedulilah sama ada pertikaian mengenai kalimah Allah di The Herald atau Bible, yang penting ada kemajuan dan keputusan yang boleh dirujuk di masa hadapan.


Respon dari beberapa orang ahli PAS yang sempat penulis temui mengenai hal ini juga sangat positif, walaupun kelihatannya masing-masing sedikit berhati-hati dalam memberikan pandangan. Yang penting positiflah, dan perkara ini perlu disebar luaskan kepada semua peringkat kepimpinan PAS, termasuk di kampung-kampung.

Paling penting sekarang, rakyat mahu melihat keputusan ini dilaksanakan secara praktikal, bukan hanya setakat gemilang di bilik mesyuarat sahaja.

Dengan keputusan ini juga, pihak-pihak berkenaan sudah sepatutnya boleh melaksanakan janji mereka untuk memastikan setiap penganut Kristian di negara ini hanya mengundi calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Ramai berpendapat, perakuan PAS mengenai perkara ini perlu dianggap sebagai pengorbanan suci yang memerlukan pembalasan dari setiap penganut agama Kristian dan pihak berkepentingan yang lain.

Bercakap tentang pembalasan, sudah tentulah bukan wang ringgit yang dipinta tapi undi kepada calon-calon Pakatan Rakyat, termasuk dari PAS.


Masyarakat bukan Islam juga tidak usah bimbang mengenai komitmen PAS kali ini, kerana parti tersebut telah berikrar semalam akan hanya memilih calon-calon yang boleh menerima dasar pejuangan Pakatan Rakyat, tidak sekadar calon yang boleh mengimamkan sembahyang dan mengaji al-Quran seperti yang dulu-dulu.

Walaupun penulis difahamkan, bai’ah (sumpah taat setia) nya masih sama.

Apa yang berlaku pada 2010 dulu, tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Itu janji PAS kepada Pakatan Rakyat dan kita menerimanya dengan baik. Jika sebelum ini hanya Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sahaja yang memberi perakuan, sekarang, Presiden PAS sendiri, bukankah itu sudah cukup melegakan?

Maka itu tidak salahlah kenapa Pakatan Rakyat perlu berbangga dengan kejayaan menyelesaikan pertingkaian berpanjangan antara orang Islam dan orang Kristian berhubung dengan perkara ini."

Sumber ini dipetik dari : Suara Pakatan Rakyat. (klik sini)

0 comments:

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top