Hj Sobri masih tak puas hati dgn spy2 beliau kerana gagal menjalankan tugas yg diamanahkan. Kesian aku tengok mangsa2 belasahan Hj Sobri.
Bahan terbaru aku jumpa dan ingin berkongsi dgn pembaca pasai "Senarai Projek dan Program RM Ke-10" yg dirancang oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah Darul Aman (UPEN), Aras 3, Block ‘B’, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Kalau la pada 7 November 2008, pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, satu mesyuarat telah diadakan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), dipengerusikan oleh Hi Sobri, Presiden, KTPC dan dihadiri oleh warga kerja pengurusan KTPC dan juga anak syarikat telah menunjukkan kepada semua yang hadir beliau mempunyai dokumen rahsia dan sulit milik Kerajaan Malaysia berjumlah 25 mukasurat Kertas Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Tak salahkan kalau aku pun nak kongi dgn pembaca dan sama2 menilaikannya sejauh mana IGAUAN ni akan terlaksana. Tambahan pulak dokument tu tak dak cop "Confidential".
NAMA PROJEK/PROGRAM | SKOP |
Pembangunan Infra Struktur Asas Zon Industri Fasa 4, Kulim Hi-Tech Park (Projek Baru) | Kerja-kerja infra struktur asas termasuk kerja tanah, sistem jaringan jalan, sistem perparitan, sistem kumbahan, system telefon dsb. Anggaran kos : RM100,000,000.00 |
Program Vendor Berteknologi Tinggi, Techno Center, Kulim Hi-Tech Park (Projek Sambungan) | Program latihan intensif untuk usahawan dan syarikat vendor bumiputera yang menceburi bidang berteknologi tinggi. Anggaran kos : RM10,000,000.00 |
Peralatan Techno Center, Kulim Hi Tech Park (Projek Sambungan) | Penambahan peralatan di Techno Center untuk menampung Program Vendor. Siling peruntukan RM-9 berjumlah RM25,000,000.00 telah dipindahkan kepada Projek Pembangunan Infrastruktur Asas Zon Industri Fasa 3 dan pihak KHTP telah membuat permohonan kepada pihak EPU untuk menyambung projek ini di dalam RM ke-10 Anggaran kos : RM25,000,000.00 |
Hostel Techno Center, Kulim Hi-Tech Park (Projek Sambungan) | Pembinaan sebuah hostel untuk kegunaan para vendor ketika menghadiri kursus Program Vendor Berteknologi Tinggi. Anggaran kos : RM10,000,000.00 |
Pusat Aplikasi Perdana (Projek Sambungan) | Kulim Hi-Tech Park telah diberi pengiktirafan berstatus MSC. Permohonan daripada syarikat bertaraf MSC di utara adalah amat menggalakkan. Bangunan sediada untuk menempatkan syarikat-syarikat ini telah penuh dan memerlukan bangunan baru Anggaran kos : RM30,000,000.00 |
Nano Technology Research Center, Kulim Hi-Tech Park (Projek Baru) | Usahasama dengan pihak MIGHT untuk membangunkan sebuah bangunan berserta prasarana infrastruktur dan makmal kajian untuk Nano teknologi Anggaran kos : RM50,000,000.00 |
Micro Electronic Center Kulim Hi-Tech Park (Projek Baru) | Usahasama bersama NCIA untuk membangunkan sebuah bangunan bersama prasarana infrastruktur dan makmal kajian untuk bidang micro electronic dan menjadi pusat latihan kepada pekerja di Kulim Hi-Tech Park (Pembangunan Modal Insan) Anggaran kos : RM50,000,000.00 |
Tabung Modal Teroka, Kulim Hi-Tech Park (Program Baru) | Sebuah tabung modal untuk digunakan sebagai pelaburan awal terhadap teknologi baru dan berpotensi untuk berkembang. Anggaran kos : RM30,000,000.00 |
Masjid Kulim Hi-Tech Park, Kulim Hi-Tech Park (Projek Baru) | Membina sebuah masjid di Kulim Hi-Tech Park di atas sebidang tanah yang telah digazetkan sebagai tapak masjid. Pihak KHTP telah memohon pihak Pejabat Daerah dan Jabatan Agama untuk merealisasikan projek ini. |
Kompleks Sukan Daerah Kulim Bandar Baharu, Kulim Hi-Tech Park (Projek Baru) | Pihak KHTP sedang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membangunkan sebuah kompleks sukan di atas sebidang tanah seluas 20 ekar. Projek ini akan dipantau oleh pihak KBS |
Pusat Pentadbiran Kerajaan (Kulim), Kulim Hi-Tech Park (Projek Baru) | Pembinaan sebuah pusat pentadbiran kerajaan berpusat di Kulim di atas sebidang tanah di Zon Urban Kulim Hi Tech Park Anggaran kos : RM30,000,000.00 |
Jalanraya baru dari Sidam ke Kulim Hi Tech Park menerusi Zon Industri Fasa 4, Kulim Hi Tech Park (Projek Baru) | Projek membina sebuah jalan menghubungkan Sidam dan Kulim Hi Tech. Projek ini akan disenggarakan oleh pihak JKR. |
Menaiktaraf Lebuhraya Timur Barat dari persimpangan KHTP ke Desa Aman (Projek Baru) | Menaik taraf persimpangan dan pelebaran jalan dari persimpangan KHTP ke Kilang Inokom untuk tujuan pembesaran kawasan Zon Industri Fasa 4, Kulim Hi Tech Park. Projek di bawah JKR. |
Menaiktaraf Jalan Mahang dari sempadan Kulim Hi Tech Park sehingga Pekan Sungai Kob (Projek Baru) | Menaiktaraf Jalan Mahang dari sempadan KHTP sehingga Pekan Sg. Kob untuk tujuan pembesaran Zon Industri Fasa 5, Kulim Hi Tech Park. Projek di bawah JKR. |
Menaiktaraf Loji Rawatan Air Hi Tech di Pinang Tunggal, Sungai Petani. | Membina sebuah loji rawatan air baru untuk menampung loji rawatan air sediada yang telah mencapai maksimum kapasiti dan tidak lagi mampu manampung permintaan pengunaan air KHTP. Projek ini dibawah JBA Kedah. |
Pembelian 1,000 ekar tanah untuk Zon Industri Fasa 5, Kulim Hi-Tech Park | Pembelian tanah untuk tujuan pembesaran kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Anggaran kos : RM220,000,000.0 |
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah Darul Aman
Aras 3, Block ‘B’, Wisma Darul Aman, Alor Setar
Tel: 04-730xxxx / Fax: 04-733xxxx
6 comments:
Tu dia aihhh, banyaknya Kedah mintak dari Kerajaan Pusat, buleh dapat ka semua tu? Kerajaan Pusat=bapak, kerajaan negeri=anak. Anak mintak dari bapak, mesti kasi punya kalau bagus da dapat periksa no 1. Tapi kalau result teruk, mintak duit kat bapak, bapak kata nak nak duit lebih, kena la dapat markah banyak & nombor pun tinggi. Yang aku dok nampak la ni, anak dok kata bapak ni rasuah la, jadi macam mana bapak nak nak kasi duit? Ada faham tak analogi ni? Atau pun nak kena bagi analogi lain? Fikir-fikirkan lah
apa la bangang nak mampos mat bri ni,
klu dah PNC punya dokumen dia pegang maknanya no more PNC la bahlol,ni dia terang2 dia punya dokumen orang boleh baca dengan siap boleh eja lagi.buduh
tak larat aku nak layan si mamat hj sobrie ni memanjang ada cerita tak tau nak buat kerja & kaki klentong tersohor, semua org dia klentong, org kat ofis, kat surau, kat kgcr, kbiol, ktm, wisma, federal, state pknk dll. Kesian aku kat org hamPAS, liPAS dan Hj2 kaki ampu di KTPC tue. Kesian6x
Salam Pak Ngah Sobri, cek nak habaq ni, klau nak buat kerja buat la cara Islam (kalau slang Kelantan BUAT LA CARA ISLE)
nampak gayanya ada lagi glc ngr Kedah yg nak kena serbu dgn SPRM.....
dulu waktu BN perintah pun pernah kena serbu jgak dgn SPRM.tp la SPRM tak minat langsung nak masuk ktpc sbb semua staf ktpc buat kerja cara islam.staf2 dia pun semua warak2 belaka,alim,ringan tulang dan tak suka buang masa.kerja 24 jam.pasai tu la SPRM kata buang masa ja checking depa ni.betoi dak wahai MAT BRI!!!!!
Post a Comment