We must not depend on federal government grant. |
Melihat kpd tajuk berita di dada akhbar utama lalu, kita mesti menyangka bahawa Kedah ni diperintah dgn cekap. Apa taknya, MB Kedah semasa wawancara dgn wartawan sempat memberitahu bahawa jika Kerajaan Pusat tak mampu mengurus Universiti Utara Malaysia (UUM), kerajaan negeri Kedah boleh ambil alih. Begitu hebat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercakap. Tetapi beliau tak sedar bahawa RM1.7 juta cukai tanah tu akan mengundang padah kpd projek lain di Kedah yg dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.
Mungkin Azizan perlu belajar menjadi seorang insan yg tak bongkak dan belajar apa itu ‘humble’. Lag ni beliau ibarat kata mat saleh pulak; ‘if you are as great as I am; it is difficult to be humble’.
Pak Menakan aku ni taik LENA, junuh aku nak rengah cari duit... |
Apa yg ingin ditonjolkan ialah Kerajaan Pusat mempunyai kemampuan untuk membayar cukai tanah berjumlah RM1.7 juta ini. Tetapi Kerajaan Pusat melalui UUM ingin melihat sejauh manakah keikhlasan Kerajaan Negeri dalam menangani isu yg melibatkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga bidang pelajaran, iaitu bidang yg tak mendatangkan pulangan wang atau keuntungan kpd Kerajaan Pusat, hanyalah sekadar memenuhi tanggung jawab sosial menyediakan pelajaran lanjutan kpd semua lulusan SPM, termasuklah dari Kedah sendiri.
Sejak memegang tampuk pemerintahan KHTP, PAS melalui Tuan Haji Muhamad Sobri bin Osman (dia ni sain nama pun unik, sekerat rumi, sekerat jawi; tak tau pasai apa), beliau masih sehingga ke saat ini, menggunakan cara lama semasa BN memerintah, iaitu memohon bantuan geran dan pinjaman dari Kerajaan Pusat (melalui PKNK) atau secara terus bagi pembangunan infrastruktur KHTP. Ini adalah polisi jelas dari beliau, walau pun pernah beliau mencuba untuk menjarakkan diri dari polisi ini sewaktu awal pemerintahannya apabila berkata dgn angkuhnya; ‘we must not depend on federal government grant’ atau pun dialih bahasakan; ‘kita tak perlu bergantung dgn geran dari kerajaan pusat’. Beliau nampak begitu angkuh dan sombong ketika itu. Malah beliau juga berkata semasa itu; ‘I am fully in charge’. Ini berlaku disekitar hujung tahun 2008.
Berbalik kita kpd tajuk di atas yg ingin aku kupas. Selalunya apabila boss kita membuat sesuatu, ianya juga akan diikuti oleh anak buah. Tetapi terbalik pulak dgn apa yg terjadi di Kedah. Boss dah nampak anti kerajaan pusat, tetapi anak buah di KHTP masih menagih bantuan dari Kerajaan Pusat.
Kita sarankan kpd Kerajaan Persekutuan supaya menjemput MB Kedah untuk juga mengambil alih pengurusan dan juga tanggungjawab membiayai keperluan kewangan KHTP kpd Kerajaan Negeri Kedah. Ini adalah kerana MB Kedah sudah membuat tawaran tak rasmi untuk mengambil alih UUM.
Apa yg perlu Kerajaan Pusat buat lag ialah menuntut balik segala hutang KHTP dari Kerajaan Negeri Kedah yg mungkin berjumlah sekitar RM170 juta sahaja. Ini boleh dibuat dgn kadar segera kerana hutang itu pun sepatutnya sudah dilunaskan, tetapi Kerajaan Pusat amat baik hati untuk menangguhkan pembayaran tersebut.
Nasihat kpd MB Kedah ialah agar berhati-hati dalam memberi kenyataan akhbar. Jangan terperangkap dgn ideologi PAS bahawa apa yg kami buat semua betul dan apa yg BN/UMNO buat semua salah.
Di harap Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri EPU ambil perhatian mengenai perkara ini dan bertindak dgn segera dgn menghantar surat dari EPU kpd pejabat MB, dan cc kpd PKNK dan Hj Sobri, meminta agar hutang Kerajaan Pusat yg tertunggak diselesaikan dgn segera. Dan untuk UUM punya cukai tanah RM1.7 juta tu, kontra saja dari RM170 juta hutang tu. Jangan pula pi kata kat media bahawa itu hutang dari Kerajaan BN/UMNO dulu. Siapa yg perintah lag, dialah yg kena ambil tanggung jawab. Macam jugak bila tarif air dinaikkan, yg bertanggungjawab ialah Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Pusat. Pelaburan pun kalau naik atau turun, sendiri kena tanggung la, jangan pulak apabila banyak kata buat sendiri, bila sikit tuduh MIDA tak buat kerja.
Malah lebih menarik lagi disini ialah Hj Sobri yg amat marah dgn Datuk Shukri kerana menghantar cadangan KHTP untuk diambil alih oleh Kerajaan Pusat pada hujung tahun 2008, akhirnya akur juga dgn cadangan asal Datuk Shukri itu. Walau pun Hj Sobri dgn keras menentang cadangan agar KHTP diambil alih oleh Kerajaan Pusat melalui penukaran status pinjaman RM200 juta oleh Kerajaan Negeri kpd geran (cadangan dari Datuk Shukri), akhirnya telah menghantar cadangan yg sama pada tahun 2010, iaitu setahun dari cadangan asal itu dihantar kpd Kabinet.
Ini boleh kita sifatkan seperti ‘menjilat ludah sendiri’. Sama juga seperti YB Datuk Haji Amiruddin, yg dulu mencanangkan bahawa Kedah atau KHTP tak perlu lagi mengikuti ‘trade mission’ MITI/MIDA oleh Kerajaan Pusat, dan boleh pergi sendiri, akhirnya akur juga dgn keberkesanan misi pelaburan Kerajaan Pusat dan lag telah menjadi ‘regular customer’ untuk misi pelaburan MIDA ini.
Sebagai rumusannya, mengapa MB Kedah tak mendapat gambaran sebenar apa yg berlaku di KHTP…? Dahulunya adalah menjadi ‘precedent’ sesiapa sahaja yg menjadi MB Kedah dialah yg menjadi Pengerusi KHTP, ini adalah sesuatu yg baik yg dilakukan oleh BN/UMNO. Tetapi ini tak diikuti oleh Ustaz Azizan yg hanya ‘mendelegate’ sahaja tugas ini kpd Exco Pelaburan & Industri. Diharap ini juga akan diubah dgn segera oleh Ustaz Azizan dgn mengambil balik takhta Pengerusi KHTP dari YB Datuk Hj Amiruddin yg khabarnya sudah menambah cawangan beliau.
Kat sini aku selitkan kertas kerja dari KHTP untuk menukar RM130 juta pinjaman kpd status geran yg dihantar kpd Kementerian Kewangan pada tahun lepas untuk tatapan dan analisa pembaca sekalian. Tak perlu kita heboh bagai mana dan macam mana maklumat bocor (memang kerja aku). Yg penting, persoalan kita ialah adakah MB dan anak buahnya Hj Sobri dapat mentadbir Kedah dan mengurus KHTP secara cekap…?
4 comments:
Memang anak buah Ustad ni mangkuk hayun, dok jaja satu dunia dia seorang yang kompeten, tapi naik dan dapat jawatan hanya kerana ada pertalian saudara dengan MB Kedah. Nampak gaya yang nak mintak geran ni Kerajaan Pusat kena la tahan sat, suruh Kerajaan Negeri biayai pulak, baru la tahu rasa peritnya dan susah menjalankan projek pembangunan. Jangan cakap saja. Sekarang bukan setakat menghabihkan duit di KHTP, malah akan melingkupkan syarikat kerana tiada pelaburan besar untuk KHTP pada tahun ini untuk menjana pendapatan. Alamatnya bungkus tikar la KTPC tahun ni bro
Anak buah Ostad ni memang tak tau buat keja kat KHTP. Kilang semua dah marah kat dia, termasukla yang dulu bukan main suka masa dia ganti Datuk Shukri masa tahun 2008 tu. Dia dok ingat KTPC ni banyak duit, tapi bila masuk habuk pun tarak, baru tau, masa tu baru ingat nak mintak dari Federal Govt, masih tak tahu macam mana nak lobi untuk Geran, nasib baik ada insan kamil nama THAMS tolong tunjukkan, baru boleh gerak. Sekarang masih ikut telunjuk THAMS, macam lembu kena cucuk hidung. Ada lagi story yang panas comin soon dari KHTP. Sama2 kita nantikan kedatangannya
Bersungguh-sungguh, Bro. Ada apa-apa ke? Hehehehe
memang sungguh bro, ada banyak cerita sebelum PRU13 ni. Kalau pun PRU13 tahun depan, cerita KHTP ni tiap-tiap minggu boleh kata ada saja cerita sensasi, kalau sapa2 yg boleh tulis skrip, boleh buat kisah drama swasta di situ. Cerita disini mengisahkan percintaan/skandal/PAS sapu duit dll. Ada sorang mamat tu, nama di Hanif Yon, dia baik dengan Yusrin, ada bagi tau, UMNO ambik duit, PAS pun ambik, bezanya cuma masa PAS ambik, dia kata bismillah. Terpulang kepada tafsiran anda sendiri, bukan aku yang kata, tapi aku ada dengaq ada org kata mcm tu. Bagi aku maknanya bila UMNO ambik duit PAS kata rasuah, bila PAS ambik duit, itu dia kata sedekah. Ingat tak kisah PKR di Perak yg kena dakwa rasuah dgn china doll. Dia kata takpa orang sedekah, kita ambik la. Lebih kurang macam tu la, di KHTP ni semenjak dua menjak ni, apabila berkuasanya ditakhta kerajaan bulan (everything is above table) makin banyak pula kes yang akan dibongkar dalam blog
Post a Comment