Monday, April 04, 2011

Kepincangan Kerajaan Negeri Di Dalam Pentadbiran KHTP.

Setelah memegang tampuk pemerintahan sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengambil alih pentadbiran Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dari Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara rasmi pada bulan Ogos 2008. Sebelum itu, mereka telah menghantar wakil mereka sebagai Pengarah Eksekutif pada Mei 2008.

Pengarah Eksekutif ini akhirnya telah dilantik menjadi Presiden oleh Ahli Lembaga Pengarah yang didominasi oleh PAS di bawah Pengerusi YB Dato’ Hj Amiruddin Hamzah, dibantu oleh YB Gobalakrishnan dan pemimpin PAS dan PKR Kulim-Bandar Baharu pada Ogos 2008. 

Tindakan pertama beliau ialah membawa masuk seorang kakitangan dari anak syarikat yang terbukti mempunyai penglibatan dalam rasuah dan manipulasi wang (money laundering) ke syarikat pengurusan KHTP iaitu Kulim Technology Park Corporation (KTPC). Ini adalah tindakan yang amat dipersoalkan oleh semua kakitangan. 

Tindakan kedua ialah membawa masuk seorang eksekutif bank menjadi Naib Presiden Kewangan KTPC. Ternyata tindakan ini juga mengundang persoalan kepada kakitangan KTPC. Beliau adalah ahli PAS juga. 

Tindakan ketiga beliau ialah mengambil tindakan untuk menggantung Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) dan juga seorang Timbalan Pengurus Besar (DGM) KTPC tanpa sebarang alasan kukuh. 

Semua ini hanya kerana beliau amat marah kerana mendapati CEO dan DGM ini membuat cadangan kepada Kerajaan Pusat agar mengambil alih KTPC dari Kerajaan Negeri, sedangkan cadangan itu adalah arahan dari Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Isu memiliki dokumen rahsia kerajaan iaitu Kertas Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pelaburan (JKMP) yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Pada 7 November 2008, pada pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, satu mesyuarat telah diadakan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC), dipengerusikan oleh Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC. Dalam mesyuarat itu, Haji Muhamad Sobri bin Osman, Presiden, KTPC telah menunjukkan kepada semua yang hadir beliau mempunyai dokumen rahsia dan sulit milik Kerajaan Malaysia berjumlah 25 mukasurat mengenai cadangan menjadikan KTPC milik Kerajaan Persekutuan. Ini adalah menyalahi Akta Rahsia Rasmi (OSA), di mana satu dokumen rahsia dan sulit boleh berada ditangan beliau yang diperolehi secara tidak sah.

Dipendekkan cerita, beliau berjaya menyingkirkan pengurusan lama dengan yang baru, dan pasukan pengurusan yang selebihnya hanya akur dengan beliau. Kerajaan Negeri juga amat yakin dengan kebolehan Hj Sobri ini walau pun jawatan beliau sebelum ini hanyalah sebagai Pengurus sahaja di Renesas/Hitachi. 

Beliau juga mempunyai sikap agak gatal dan dikhabarkan mempunyai teman wanita di Kuala Lumpur. Beliau juga suka kepada seorang Pengurus Perundangan di KTPC, yang akhirnya berhenti dari KTPC, walau pun ditawarkan gaji lebih. 

Beliau telah membuat pelbagai lawatan kerja mengikut MIDA ke luar negara walau pun sebelum ini YB Dato’ Amiruddin mengatakan tidak perlu ikut MIDA, cukup hanya dengan lawatan sendiri oleh Kerajaan Negeri. Untuk makluman beliau telah melawat US, Vietnam, London, Paris dan Milan, mengikut MIDA (untuk pengetahuan, teman wanita beliau juga dari MIDA). 

Beliau amat peka menegur ’tile’ pecah, ’signboard’ senget dan bumbung bocor. Beliau juga telah mengira tapak kaki babi hutan, mengira pokok kelapa sawit dan mengambil gambar tandas kotor. Beliau juga kurang membaca dan gemar membuat keputusan dalam keadaan kurang pengetahuan. 

Cukup dengan masalah peribadi beliau, mari kita menilai prestasi kerja beliau sebagai Presiden KTPC yang mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP). 

Setelah memegang tampuk pemerintahan selama hampir dua tahun, mari kita lihat apakah yang terjadi kepada KHTP dan KTPC. Di sini disertakan beberapa fakta yang menarik seperti berikut:
  1. KHTP telah mengalami masalah ketiadaan air sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Oktober 2009, Disember 2009 dan terbaru terdapat kandungan karbon yang tinggi dalam bekalan air di KHTP pada bulan Februari 2010. Mengapa ini berlaku sewaktu pemerintahan Hj Sobri dan tidak pada masa BN memerintah...? 
  2. Terdapat juga gangguan bekalan elektrik pada bulan Januari 2010.
  3. Juga kurang pelaburan dari segi usaha KTPC sendiri (95% pelaburan adaah dari hasil usaha MIDA).
  4. Ramai kakitangan yang berhenti kerja sejak pemerintahan Presiden Hj Sobri ini (terbaru ialah Pengurus Perundangan).
 Mari kita kaji statistik MIDA untuk pelaburan di Kedah untuk 2009, 2008 dan 2007.

Approved Manufacturing Projects By State, January-September 2009
State
Project
Potential Employment
Local Investment (RM)
Foreign Investment (RM)
Total Capital Investment (RM)
Selangor
198
12,170
1,910,615,629
2,084,617,681
3,995,233,310
Penang
78
5,375
498,784,515
1,241,092,129
1,739,876,644
Perak
30
1,875
272,241,581
381,243,106
653,484,687
Johor
113
9,123
1,146,541,106
1,868,782,298
3,015,323,404
Kedah
26
2,618
279,400,380
559,818,949
839,219,329
Kelantan
3
657
8,179,000
110,700,000
118,879,000


Approved Manufacturing Projects By State, January-September 2008
State
Project
Potential Employment
Local Investment (RM)
Foreign Investment (RM)
Total Capital Investment (RM)
Selangor
302
30,980
2,866,163,788
9,004,746,225
11,870,910,013
Penang
151
22,215
5,068,720,530
5,087,580,883
10,156,301,413
Perak
50
4,792
696,814,578
2,433,202,672
3,130,017,250
Johor
173
17,192
2,315,056,624
9,396,616,223
11,711,672,847
Kedah
46
3,217
288,075,479
2,279,270,375
2,567,345,854
Kelantan
3
486
17,600,000
66,000,000
83,600,000

Approved Manufacturing Projects By State, January-September 2007
State
Project
Potential Employment
Local Investment (RM)
Foreign Investment (RM)
Total Capital Investment (RM)
Selangor
318
25,443
6,989,739,432
4,191,710,937
11,181,450,369
Penang
134
8,833
1,625,246,462
3,143,414,785
4,768,661,247
Perak
59
8,353
651,687,036
1,382,919,999
2,034,607,035
Johor
188
25,772
2,495,412,449
6,747,426,115
9,242,838,564
Kedah
46
5,288
7,856,661,494
6,133,555,679
13,990,217,173
Kelantan
9
1,429
52,576,800
30,090,000
82,666,800

Berdasarkan statistik MIDA di atas ini, Kedah berada di kedudukan 5 dari segi pelaburan pada 2009, kedudukan 6 pada tahun 2008, jauh kurang pencapaian dari masa lalu iaitu kedudukan 1 pada tahun 2007 dan 2006 dengan jumlah pelaburan yang besar, pada masa pemerintahan BN. 

Untuk jumlah pelaburan ke KHTP, ia sebenarnya adalah berkurangan jika kita nilai dari segi sebelum dan selepas PAS memerintah. Apa yang kita lihat sekarang terdapat pelaburan oleh First Solar yang besar, yang adalah usaha dari Kerajaan BN yang terdahulu. Kita belum lagi melihat sebarang pelaburan besar atas hasil usaha MB sekarang, Ustaz Azizan, atau pun YB Dato’ Amiruddin, atau Hj Sobri. 

Tidak apa yang perlu dibanggakan oleh penyokong mereka kerana apabila ekonomi dunia pulih, pelabur akan datang melabur atas usaha MIDA dan bukannya Kerajaan Negeri. Mereka ini tidak perlu mendabik dada kerana terdapat desas-desus yang mengatakan kilang-kilang di KHTP akan menuntut kerugian atas sebab ketiadaan air di KHTP dan juga kandungan karbon yang tinggi dalam air, kemungkinan berjumlah berjuta ringgit juga. 

Malah laporan dalaman KTPC ada menyatakan seperti berikut:
  1. Tragedi gangguan bekalan air tanggal 12, 13, 14, 15 dan 16 Oktober 2009 di Kulim Hi Tech Park (KHTP) telah memberi impak yang amat serius kepada pengeluaran para pengilang di KHTP dan menjejaskan imej KHTP khasnya dan Malaysia amnya. Jumlah kerugian akibat tragedi ini dianggarkan bernilai RM52.2 juta. 
  2. Dukacita dimaklumkan bahawa Presiden bagi Kulim Technology Park Corporation (KTPC) yang baru didapati kurang cekap menjalankan tugas sebagai seorang ketua terutamanya dalam aspek menarik pelaburan asing ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP). 
  3. Presiden yang baru ini hanya berminat untuk melihat perkara yang remeh-temeh dan yang melibatkan perjumpaan dengan syarikat yang telah beroperasi di KHTP sahaja serta melayan kerenah mereka. Beliau juga amat berminat untuk menyiasat gejala rasuah di KTPC tanpa ada asas yang kukuh dan hanya tertumpu ke atas seorang individu sahaja.
Perkara pokok dalam pengurusan sebuah taman teknologi, yang kini nyata gagal dilaksanakan oleh Presiden yang dihantar oleh Kerajaan Negeri iaitu meningkatkan jualan. 

Buat masa sekarang diharap Kerajaan Pusat boleh memberi teguran kepada Kerajan Negeri agar calon yang sesuai dapat dicari dikalangan profesional dan tidak melibatkan mereka yang memegang jawatan politik untuk pengurusan taman teknologi seperti KHTP, seperti Presiden sekarang serta juga Naib Presiden (Kewangan dan Pentadbiran). 

Adalah dicadangkan bahawa hasrat Kerajaan Pusat untuk mengambil alih secara sepenuhnya KTPC dilaksanakan secepat mungkin, supaya pembangunan KHTP boleh dipulihkan kembali dan menjadi cekap seperti dahulu.

4 comments:

Anonymous said...

lagi cepat lagi bagus
aaaaamiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnn

Anonymous said...

diorang ni mmg pandai spin fakta
sama la mcm mentor depa tu
tau2 dok hantam china doll

celako celako celako
hancur hancur
hancur FUCKATAN

Anonymous said...

Dah sampai masanya KHTP berada di genggaman Federal Government bukannya State Government untuk menjaga kepentingan pelabur dan menarik pelaburan baru. Aku sokong 100% komen bro di atas ni, lagi cepat lagi bagus. Hopefully kalau PRU 13 diumumkan Kedah juga akan turut setuju untuk mengadakan pilihanraya negeri, walau pun Selangor dan Penang dah kecut teloq tak nak buat PRU lagi.

Anonymous said...

HANCUR HANCUR
HANCUR FUCKATAN

HIDOP HIDOP
HIDOP OMEGA

opps,silap

ps:aku dengar ada trip bisnes lg lepas ni.kesian la hi tech lepas ni gulung tikar la jawabnye.minta federal gomen do something about this matter.adios

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top