Tuesday, September 11, 2012

KTPC Tidak Sefahaman Dengan Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh.


KTPC Tidak Sefahaman Dengan Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh.

NEW DELHI, 27 Ogos (Bernama) -- Perbalahan tercetus antara Pihak Berkuasa Teknologi Tinggi Bangladesh (BHTPA) dan syarikat pemaju Malaysia, Kulim Technology Park Corporation (KTPC), membabitkan tindakan sekatan semula ke atas taman teknologi tinggi pertama di negara itu.

Menerusi tindakan itu, BHTPA merancang membahagikan taman di Kaliakoir di Gazipur itu kepada tiga bahagian dan menawarkannya kepada lebih daripada satu pemaju.

Bagaimanapun, KTPC yang dipelawa oleh BHTPA untuk merundingkan tindakan berkenaan baru-baru ini menulis surat kepada pihak berkuasa supaya tidak membahagi-bahagikankan taman itu, lapor The Financial Express of Bangladesh hari ini.

Ia berkata syarikat Malaysia itu berhujah bahawa tidak ada peruntukan untuk tindakan berkenaan dalam RFP (permintaan untuk cadangan) dalam dokumen tender projek.

"Tindakan ini melanggar klausa RFP," kata seorang pegawai syarikat itu. 

Sebaliknya, BHTPA dalam surat bertarikh 6 Ogos, memberi amaran kepada pemaju Malaysia itu supaya tidak membuang masa dalam menyelesaikan rundingan mengenai cadangan pembangunan taman teknologi tinggi berkenaan.

Pihak berkuasa berkata ia akan memulakan rundingan dengan pihak lain jika syarikat Malaysia itu gagal menjawab dalam tempoh lima hari (berakhir 11 Ogos).

BHTPA berkata taman teknologi tinggi itu merupakan projek utama kerajaan dan ia tidak dapat menunggu tempoh yang tidak menentu bagi memuktamadkan rundingan bagi membuka taman terbabit.

Sementara itu, sumber-sumber di KTPC berkata mereka berusaha keras untuk menyakinkan pihak berkuasa supaya tidak membahagi-bahagikan taman itu untuk dimajukan oleh beberapa pemaju.

Syarikat itu dalam surat lain kepada BHTPA, berkata: "Sebagai entiti kerajaan, Kulim Technology Park Corporation bimbang terhadap kesahihan dan dan ketelusan.

Berdasarkan reputasi Kulim di dunia, syarikat itu tidak menjangkakan komplikasi perundangan dan dakwaan rasuah dalam projek semasa atau akan datang.

BHTPA sebelum itu mempelawa mereka yang berminat mengemukakan cadangan bagi membangunkan infrastruktur asas di taman itu, yang akan mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penubuhan sektor unit industri ICT, kejuruteraan, elektronik, telkomunikasi, bioteknologi dan sektor lain, kata laporan itu.

Menurut BHTPA, ia akan menyediakan tanah kepada pembida yang berjaya untuk pembangunan infrastruktur dan menarik pengeluar IT dan elektronik terkemuka asing melabur di taman itu dengan memudahkan operasi mereka di Bangladesh.

Di taman itu kelak, pelabur domestik dan asing akan diberikan tanah untuk kegunaan industri atau komersil selain sebagai bangunan kilang standard untuk kilang elektronik, mekanikal serta kilang bersekutu lain.

-- BERNAMA --


Lagu mana nak berkembang pelaburan tu, kalu awai2 lagi dah letak syakwasangka.

Atau mungkin tak glamour nak buat tempat makan angin kalu PAS pegang Kedah lagi.....?

7 comments:

Anonymous said...

khabarnya Hj Sabri Presiden yg beriya-iya utk hold projek kerjasama dgn Bangladesh kerana marah kerajaan Bangladesh yg tidak mengambil tahu mengenai pelarian Rohingya. Sebenarnya isu pelarian ini tidak ada kena mengena dgn BHTP. Tetapi memandangkan Hj ni memang 'mangkaq', dia anggap isu BHTP ni sebagai sesuatu yg boleh dipolitikkan sedang kerjasama KTPC & BHTP adalah dalam kategori G to G (government to government). Lagi pun Bangladesh bukannya tak mau ambik Rohingya, tapi depa pun ramai rakyat yg tak ada kerja hingga kena mai cari kerja di M'sia dll. Tu la Hj kan kami dah cakap, kalau mengaji tinggi2 tu kena la berfikir secara rasional, bukannya mempolitikkan semua kerja kat pejabat tu

UMNO PARTI PENJARA said...

.

(( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..


Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..

Anonymous said...

Kalau undi PR bangsa lain akan untung org melayu akan rugi. Kalau undi BN umno atau org melayu akan tetap memerintah walau apapun biarlah org melayu yg pegang. Oleh itu undilah BN

Anonymous said...

KALAU hangpa NAK tau INILAH satu2NYA haji YANG belum menghajikan dirinya, hanya sekadar pak lebai pas yg rajin ceramah, tak lebih dari itu, cakap sahaja lebih, kerja tak tau nak buat

Anonymous said...

kump. anak2 muda keluar umno sila kemukan bukti yang hutang selangor dah lupus sejak pakatan haram amik alih, janganlah buat2 buta mata pekak telinga bebal hati tanah untuk dibuat uitm di halang konon tak bayar cukai tapi bila di beri penyelesaian tak nak ambik pulak sbb tak dapat jadi pengurusi yayasan, masalah sampah diputar belit, kononnya lori kompresor yang ada sekrang ni tak bagus, tapi begi beli kompresor yang dah obselete dah 4 tahun sampai skerang tak sampai lagi mesin kompresor tu, hutang talam lagi lah kertas putih sampai sekrang tak umumkan lantik sampai 6 syarikat audit tapi takder keputusan, masalah pasir plak boleh ditutup macam tu je? kenapa tidak di ambil tindakan terhadap 2 yb yang secara magik nya boleh ada nama dalam syarikat yang dapat kelulusan pada tarikh sama kelulusan di beri?

siapa yang membeban siapa? projek air di halang sebab apa? ko ni kump anak2 muda keluar umno daerah mana dekat selangor? tmpt MB sendiri tak terjaga pusat urut berleluasa tu sapa kasi lulus permit tu? umno ke? lupa plak nak cakap kalau mb kaya sangat boleh beli bas untuk anwar bayarlah hutang unisel tu cepat2

Anonymous said...

Hang pa tengok la sapa dia yg pi negotiate bg pihak KTPC tu spt kat bawah nie:

BHTPA managing director Md Azizur Rahman led the Bangladesh side in the negotiation while Annuar Bin Mohd Saffar, KTPC vice president, and Mohamad Suhaimi Bin Mohamad Tahir, project director of the corporation, led the Malaysian side.

BTW, sapa pulak Mohamad Suhaimi ni, penyokong PAS ja PKR, atau pun DAP Melayu kot?

Anonymous said...

Ni sumber dia:

http://www.thefinancialexpress-bd.com/index.php?ref=MjBfMTBfMTNfMTJfMV8yXzE0NjczNQ==

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top