Mai kita baca berita kat bawah dari NST on-line pasai penyambungan kontrak Ketua Eksekutif NCIA kerana prestasi memberangsangkan Wilayah Utara menerima kemasukan pelaburan berjumlah RM15.3 billion.
The service term of Datuk Redza Rafiq as the Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) chief executive has been extended for another three years until Dec 31, 2015. His contract is expiring on Dec 31, 2012. "I did not expect it (the extension). I am humbled by the extension and hope to implement and deliver things as planned for NCIA. "The initial view was that my task is to make sure everything is on track. I believe the mandate was given to us to take things to the next level," he told Bernama and Utusan Malaysia today. Redza was previously the managing director of Cyberview Sdn Bhd and has been involved in Cyberjaya's development since 1997. Under his leadership, the Northern Corridor Economic Region (NCER) attracted the largest investments, with RM15.3 billion approved manufacturing licences last year. The NCIA is the statutory body responsible for setting directions, policies and programmes for the NCER, with four key thrust areas, namely agriculture, manufacturing, tourism and logistics. – BERNAMA |
Berita ni membuktikan bahawa Wilayah Utara akan terus menarik pelaburan FDI, walau siapa pun yg menerajui Kerajaan Pulau Pinang dan Kedah, dan juga tak terkecuali siapa juga yg menjadi Ketua Eksekutif NCIA atau pun Presiden yg mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Apa sebab Wilayah Utara Berjaya menarik pelaburan yg begitu tinggi? Tak lain dan tak bukan hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun yg lepas, antara lain yg membangunkan pelbagai infrastruktur di Wilayah Utara, bagi menarik pelaburan FDI, contohnya:
1. Membina Lebuhraya Utara Selatan
2. Membina Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas
3. Membina Jambatan Pulau Pinang
4. Membangun Pelabuhan Pulau Pinang
5. Membangunkan kawasan Industri di Pulau Pinang, Kedah dan Perak
6. Pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di Kedah
Oleh itu siapa pun tak perlu mendabik dada terutamanya Lim Guan Eng yg menyatakan bahawa mereka lah individu yg bertanggungjawab membawa pelaburan ke Wilayah Utara, samada Pulau Pinang, Kedah (KHTP) dan Perlis.
Sebenarnya nikmat yg dikecapi oleh Kerajaan DAP Paulau Pinang adalah kerana ada dua individu dari BN yg telah bertungkus lumus membangunkan Wilayah Utara sejak dari tahun 70-an lagi; yg mana hasilnya dinikmati sekarang oleh negeri-negeri di Wilayah Utara (Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis). Mereka ini adalah Tun Dr Mahathir dan Tun Lim Chong Eu.
Jadi tak ada yg hendak dibanggakan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dengan polisi CAT, kerana syarikat multinasional akan menjadikan infrastruktur tersedia ada seperti jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang, penyediaan elektrik, air, telekomunikasi, keselamatan, sumber manusia terlatih dan berbahasa Inggeris sebagai faktor utama penilaian sebelum membuat keputusan melabur di sesebuah tempat atau negeri.
Selepas ni semua, barulah faktor kerajaan diambil kira, samada pro-business atau pun sebaliknya. Jika ni diambil kira, tiada bezanya sekarang dan sebelum 2008, iaitu kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah adalah ‘pro-business’.
Mereka yg mengatakan bahawa kerajaan terdahulu BN di Pulau Pinang dan Kedah adalah kerajaan yg tak telus sebenarnya telah mendengar cerita dongeng sahaja.
Mana-mana ‘investment promotion agency/IPA’ seperti MIDA atau pun InvestPenang boleh memberitahu bahawa sebelum MNC melabur, kajian kesesuaian (feasibility study) akan dijalankan sekurang-kurangnya selama setahun atau pun lebih.
Jadi mana mungkin sejak 2008, MNC terus menerus membuat keputusan melabur. Bagi pelaburan tahun 2008, kajian mungkin telah dilakukan sejak dari 2006 atau 2007. Begitulah seterusnya, untuk tahun 2012, kajian dilakukan pada tahun 2010 atau 2011.
Manakala sumber pelaburan juga bukannya datang dari kerajaan negeri maisng-masing, sebaliknya nama-nama syarikat berpotensi melabur samada di Kedah atau Pulau Pinang disediakan oleh pejabat MIDA diluar negara, iaitu di US, Jepun, Eropah, Korea Selatan, China dan lain-lain.
Agensi seperti InvestPenang dan KedahInvest kemudiannya akan mengambil senarai ni dari pejabat MIDA Pulau Pinang dan Kedah. Lim Guan Eng tak perlu mendabik dada kerana jika Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat lawatan pelaburan ke luar negara pun, ianya akan diatur oleh pejabat MIDA luar negara.
Kerajaan CAT Pulau Pinang hanya mungkin memberi 1% faktor sahaja dalam keputusan MNC untuk melabur di Pulau Pinang.
NCIA juga kini menumpang tuah atas hasil usaha Tun Mahathir dan Tun Lim Chong Eu. Jadi janganlah begitu berbangga sangat dengan hasil kejayaan pelaburan ini, kerana jika tida infrastruktur yg tersedia, tak mungkin NCER mendapat pelaburan yg begitu tinggi. Kerja berat yg dibuat sekarang ialah 99% MIDA dan 1% Kerajaan Negeri.
Satu contoh keutamaan Pulau Pinang ialah Kerajaan Pusat telah melebarkan Jambatan Pulau Pinang sedia ada dan kemudiannya membina sebuah lagi jambatan untuk menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai, bagi melancarkan pengangkutan dan logistik antara kilang-kilang yg berada di Kulim, Seberang Perai, Bayan Lepas dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas dan Pelabuhan Pulau Pinang (Pulau Pinang dan Butterworth/NBCT). Cuba baygkan kos pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang (yg rancak berjalan sekarang) sahaja mencecah RM5 billion.
INILAH HAKIKAT DAN FAKTA YG PERLU DIFAHAMI OLEH RAKYAT YG BERDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI BERADA DI PERAK, PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS SEBELUM PRU13.
6 comments:
dulu masa BN Kedah tak claim pun yg state dapat investment, sama2 kerja dgn MIDA. La ni PAS keparat semua nak claim depa yg punya usaha ptuihhhhhh
Mohon jasa baik tuan untuk linkkan blog kedaqkini.blogspot.com dalam blog tuan.. terima kasih
PAS memang kemaruk kuasa, yg SIRIM buat expansion pun depa hebahkan macam la depa yg punya, sedangkan SIRIM tu Federal Govt, Balai Polis pun Federa yg buat, tu la investment mai KHTP, kalau harapkan faktor kerajaan negeri yg naikkan tarif air shj, adakah investor akan mai? tanyalah soalan ini kpd hj sobrey & hj ams, mesti jawapan yg sama, iaitu infrastruktur yg ada menarik pelabur dtg ke KHTP. Itulah dia maksud JANJI DI TEPATI, BUKAN OMONG KOSONG, NAK BUAT TU NAK BUAT INI
aku pon ada pi tanya MIDA Tokyo, depa habaq Dato Redza la yang banyak dok pi Jepun dok lobi Panasonic aka Sanyo Solar mai KHTP. Dia pi sampai 3 kali Tokyo bawak dgn full team lagi. Hj Sobrie nganga lepaih tu dapat investment 'buta' dan2 ngaku kerja dia yg buat, apa yg dia buat, dia pi bom kat MB. Memang MIDA Tokyo & MIDA KL yg negotiate bukan Tn Hj. Tn Hj runding tang harga pajakan shj, tu pun mesti juai dgn harga rendah kot, sebab tak tau the art of negotiation. Dato Shukri dulu jual mahal2 harga pajakan, la ni hanya mudahan shj. Hj, hang tak tau ka tanah dengan infra tu harga dia bukan sama dengan tanah yg tak dak infra?
krjn pusat iktiraf dato reza buat keja, hj sobri pulak claim dia yg buat keja kt MB, jadi mana satu yg hangpa agak buat kerja banyak dan mana satu yg suka kencin & buat keja sikit & suka main2 henpon masa taklimat investor & bila investor mai masuk melabur cepat2 dia claim yg itu adalah dari hasil dia?
NI latest dari Star hari ni:
KUALA LUMPUR: The Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) aims to attract RM12bil investments this year.
NCIA is the statutory body responsible for establishing directions, policies and programmes for the Northern Corridor Economic Region (NCER).
Chief executive Datuk Redza Rafiq said that from January to June, NCER had recorded total investments of RM8.51bil.
“We have had a tremendous first half and hope to continue this towards achieving the target of RM12bil by year-end,” he told a media briefing yesterday.
Last year, NCER attracted investments worth RM9.91bil, of which 90.4% were from overseas.
Redza said NCIA was currently looking at Germany as a country to generate business opportunities. “Besides Japan, we hope to create more opportunities with Germany and attract a bigger number of investors to NCER,” he said.
He added that NCIA was currently talking to a few companies in the agricultural and manufacturing sectors with the hope of securing investments.
“The investments to date this year has resulted in 9,467 job opportunities,” he said.
Sah la Dato Reza yg buat kerja, bukan Guan Eng atau Hj Sobri pun
Post a Comment