Friday, July 08, 2011

Selingat Sat.....Pendedahan Eksklusif Eksekutif Trelampau KTPC…..

Thanks Abg AMS..... Thanks KHTP.....
Sebelum terdapat facebook, twitter, dahulunya ada yahoo messenger, tetapi sebelum tu lagi, pejabat Kulim Technology Park Corp di Tkt 3, KHTP Business Center dilengkapi dgn system messenger yg dikenali dgn nama ‘pop-up’, dimana kita boleh chat dgn sesiapa saja dlm pejabat tu dgn melancarkan perisiannya.

Terdapat satu chat yg menarik pada satu ketika dahulu. Asalnya dokumen ni dicop sebagai ‘classified’, tetapi akhirnya atas permintaan ramai, ianya telah di ‘declassified’. 

Dialog yg disiarkan dibawah adalah antara eksekutif selebriti KTPC tu Cik Alfa (A) dgn Ijan (I) bekas Setiausaha kpd En Zul, GM Development Division ketika tu. Kisah ni tahunnya biarlah kita rahsiakan.  Apa yg ingin ditonjolkan di sini ialah kisah apa yg dibuat oleh kakitangan KTPC apabila mereka berada di ‘outstation’ di KL.  Walau pun cerita lama, ianya masih ‘relevant’.  Ni kerana selain dari meeting siang hari, malam ada aktiviti susulan dlm bilik atau pun tempat lain.  Dulu dan sekarang sama sahaja, cuma orangnya sudah tukar.

Disiarkan transkrip perbualan/chat mereka secara detail:




A
:
abg lee kim salam
I
:
jumpa dier ke weih?  Alamkass balaks tueh  ensem lagik ke?..eheks..
A
:
hemsemm…tgk la balak sapa.. hehe…tp dah boroi laa…aduhh….
I
:
jumpa tak si along?... nie yg jeles nieh.camner nak carik balaks ensem?..ada jumpa hasly tak?
A
:
hasly tak jumpak la…. Tu bukan balak kkami… balak kami pertama terakhir…abg lee jer laaaa
I
:
kot la jumpa..nak gak terai takel mamats si hasly tueh..blet gak wat suge dedi…eheks..tau arr balaks kak macho..suker tol ngan abang lie…..hihihi…jangan marah naa..
A
:
keh keh keh… kekaish awal dan akhir tu jgn dok kacau dah… ekekke… camne pun cinta kat dia jugak…
I
:
oits..habis tue yg dok ader lam opis nie wat pa?....bukan kekasih ke tueh?...pisit tek baru taw…
A
:
aik… yg ade lam opis ni bapak gula spare part jer..abg lee tetap kekaseyy…. Tp tak leh kawen ngan dia..hampeh betoi la..
I
:
hampa pi karaoke ke?.....jeles teramat nieh…
A
:
tak aihhh….. romen2 dlm bilik jer… ekekekke
I
:
ha. Buat le romen2…kang terpeknen baru taw
A
:
ala… tak per..abg lee banyak pengalaman… ekekek…. Anak nak masuk duaa dahh….
I
:
hish…cepatnyer…musti anak dier comei2 kan..kang besaq jadi bosia…ehekss..
A
:
anak dia comey..bini tak comeyy… gemuk itam..
I
:
waklah..itam ke wife dier?..isk..dolo2 along cakap bini dier lawa..kan kecturer kat um…rugikan dapat wife tak comei…
A
:
bukan laa.. student Um..bukan lecturer….. kawen sepupu laaaa..skang keje kat mana tah..
I
:
waklah..mati2 ingat lecturer..along arr nie citer tipooo…kawen sepupu mesti anak tak pandai nanti…jumpa dorang iyek?...tak jeles ke?...
A
:
mana ler aku nak jumpa bini dia… eheh..mampoih idop balik le kalo dia bagi jumpak..ekekkek
I
:
bis tue yg kata gemuk itam tue tau maner?issk…mati2 ingat jumpaa…eheks..dier takut kantoi le kalau bini dier jumpa kak…
A
:
gambo jer la.. masa kawen along tu ade gambo
A
:
nak tengok gamboo kawen along weih..mai




Mungkin Cik Alfa pun dah terlupa kisah silam ni.  Walau apa pun ni hanya kisah selingan secebis coretan kisah skandal yg memang banyak di KTPC, dan tradisi ni telah diteruskan oleh parti PAS walau pun wakil parti pemerintah ni menghantar mereka yg bertitle Haji kat depan. 

Setelah mentarbiah masyarakat jahiliah KTPC, akhirnya walau pun title Hj ada kat depan, gaya dan lagak kedua-dua Hj PAS ni di depan perempuan telah mengalahkan Mat Romeo Jali yg sedia ada di KTPC.

Anggaplah cerita ni sebagai selingan, tetapi ia adalah fakta.  Satu lagi fakta ialah ‘pop-up’ memang boleh kita print, atau pun save, tu tak susah.

Bagi aku part yg paling aku suka ialah

A :  tak aihhh….. romen2 dlm bilik jer… ekekekke
I  :   ha. Buat le romen2…kang terpeknen baru taw
A :  ala… tak per..abg lee banyak pengalaman… ekekek…. Anak nak masuk duaa dahh….

Dah dapat durian runtuh..... jgn jealous...

Lepas ni kita akan tonjolkan cerita kisah ‘Acting DGM KTPC’ terlampau pulak di KL. Tunggu sat, aku masih dok interview Ishvari tak habih lagi.  Berapa banyak acting daa…..?

INGAT TAGLINE HJ SOBRI SEWAKTU MULA MENJEJAKKAN KAKI KE KTPC
KERJA ADALAH IBADAH

[ READ MORE ]

Wednesday, July 06, 2011

Kes Kehilangan Di KTPC.....

Terimakasih pasai komen2 yg diberi dan terimakasih juga kat depa yg hantaq email. Juga tak lupa juga ceramah ugama yg Maizan bubuh dlm komen tu. Memandangkan aku mendapat banyak pertanyaan pasai..... mana la tau kalau2 kot ada apa2 lagi yg hilang lagi.

Untuk tak mengecewakan pembaca setia DKS ni, sempat juga aku menggali satu kehilangan agak baru berlaku di KTPC tu. Korek punya korek dlm system IT KTPC yg canggih tu, terjumpa satu email kes kehilangan tu..... Kalau dah tak tau buat kerja lagu ni lah jadinya.....

Email tu berbunyi.....

Entahlah..... apa yg difikirkan tak tau laaaaa. Bubuh tempat lain..... cari tempat lain..... simpan tempat lain..... lepas tu cuba dok tuduh org nak curi maklumat..... Mungkin terlalu sibuk dan terlalu banyak kerja yg nak dibuat la kot. Dengaq kata sampai jumpa tok moh.....

Baru2 ni sempat juga aku menyelidap masuk cari bahan yg nak diterjah. Terjumpa aku satu dokument lama yg juga pasai bab hilang..... Laporan yg aku dapat ni juga teringin aku nak kongsi bersama pembaca.....



LAPURAN KEJADIAN PECAH PEJABAT DAN KECURIAN SYARIKAT KULIM TECHNOLOGY MANAGEMENT SDN BHD (KTMSB) DI IT CENTRE

Tarikh  : 7 Februari 2009 (Sabtu)
Masa   :  Di antara jam 7.00 malam (6 Feb ’09) hingga 8.30 pagi (7 Feb ’09)
Lokasi  :  Pejabat KTMSB di IT Centre
M/O     :  Pencuri masuk melalui tingkap yang di umpil di pejabat En Annuar (VP).

Kronologi :

1.    Pada pagi 7 Februari 2009, lebih kurang jam 8.30 pagi, staf KTMSB (En Saridun) yang datang ke pejabat KTMSB (berkunci) telah menyedari terjadi kecurian di dalam pejabat.  

2.    Pencuri telah didapati memasuki melalui tingkap pejabat En Annuar yang di umpil. Dari dalam pejabat tersebut, pencuri telah mengumpil pintu bilik pejabat untuk masuk ke dalam pejabat KTMSB.

3.    Pencuri telah memasuki bilik pejabat En Saidin, En Saridun dan pejabat Akaun. Meja-meja staf KTMSB yang lain juga telah digeledah.

4.  Lapuran Polis telah dibuat oleh pengawal keselamatan dan pihak KTMSB.

Barangan yang dicuri :   (Rujuk LAMPIRAN di bawah)

Anggaran jumlah kerugian :     RM27,000.

Hasil siasatan awal :

1.  Terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian. Rondaan telah dijalankan oleh beliau setiap 1 jam sekitar pejabat.

2.    Anggota Patrol KHTP yang datang membuat kunci jam setiap 2 jam sekali di IT Centre juga tidak nampak apa-apa yang disyaki. Mereka juga mengesahkan memang terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian.

3.    Adalah didapati pejabat KTMSB berkunci dan gelap (tiada lampu dinyalakan dalam pejabat KTMSB).

4.    Pencuri disyaki melakukan jenayah di dalam keadaan senyap dan bergelap (mungkin guna lampu suluh). Kemungkinan semasa pengawal membuat rondaan, pencuri mendiamkan diri dan bersembunyi.

5.    Pencuri disyaki memasuki melalui tingkap dan kemudian menutup semula tingkap. Jadi dari pandangan luar, tidak nampak kesan pencerobohan.

6.    Kawasan luar IT Centre juga di dapati gelap dan tidak cukup lampu menerangi persekitaran bangunan. Ini memudahkan pencuri memasuki bangunan.

7.  Pencuri disyaki lebih dari seorang. Pencuri juga didapati seperti sudah memahami selok belok dalam pejabat dan disyaki juga telah memancitkan tayar kereta pengawal keselamatan. Bekas pengawal keselamatan di IT Centre mungkin boleh disyaki (Butiran peribadi seorang bekas pengawal di IT Centre yang disyaki diberi kepada Polis).

Tindakan / Langkah pencegahan serta-merta :

1.    Surat teguran kepada Syarikat Keselamatan akan diberi untuk meningkatkan lagi tahap kawalan keselamatan. Pengawal dikehendaki lebih peka dan waspada sepanjang masa kawalan. Tindakan : KTPC  & Secure Guards

2.    Pengawal keselamatan yang diambil bertugas, mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah. Tapisan keselamatan hendaklah dibuat senantiasa dengan pihak Polis. 
     Tindakan : KTPC  & Secure Guards

3.    Lampu di dalam pejabat KTMSB hendaklah dibiarkan menyala pada waktu malam, sekurang-kurangnya 1 lampu, supaya dapat menghalang kejadian dari berulang dan memudahkan pengawal keselamatan membuat pemeriksaan semasa membuat rondaan. Tindakan : KTMSB

4.   Lampu luar (perimeter) dipasang sekeliling bangunan. 
     Tindakan : KTMSB

5.   Dicadangkan juga supaya kunci pintu masuk bangunan IT Centre diberi kepada pengawal. Jadi pengawal dapat membuat rondaan lebih kerap tanpa risau pintu masuk hadapan IT Centre tidak berkunci. Semasa rondaan, pengawal boleh mengunci pintu. Tindakan : KTMSB

6.    Tingkap-tingkap luar pejabat KTMSB di kunci terus (seal) dari dalam atau pun menggunakan kunci yang lebih kukuh. 
      Tindakan KTMSB

7.    Sistem perhubungan dua hala di antara pengawal keselamatan di IT Centre dengan Pegawai Penyelia / Command Centre di kemaskini (Walkie-Talkie). 
      Tindakan Secure Guards

Tindakan / Langkah pencegahan jangka panjang untuk pertimbangan pihak KTMSB:

1.  Pihak KTMSB boleh mencadangkan pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di dalam dan luar bangunan IT Centre dan sistem dihubung terus ke Cybercity Command Centre untuk tugas pemantauan.

2.    Penambahan anggota pengawal keselamatan terutamanya untuk syif malam.

3.    Mengadakan sistem kunci jam (clocking) di bangunan IT Centre.

4.    Memasang penggera (alarm ) di tingkap-tingkap dan pintu pejabat.

Lapuran oleh :-
Ku Masharizal Hj Ku Mahmood
(Security, Safety & Health Officer )
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD
9 Februari 2009

Lampiran Barang Yang Hilang

Lokasi tingkap Anuar Safar yg dikopak.

Tingkap pejabat Anuar.
Pejabat KTMSB.
Pintu pejabat yg dikopak.
Kawasan geledahan.
Kawasan geledahan.
Kawasan geledahan.
Kawasan geledahan.
 Laporan Polis yg sempat aku cari.....

Inilah serba sedikit yg dapat aku ceritakan atas permintaan pembaca. Seperti komen2 yg diberi dlm artikal yg lalu, lepas ni tak tau la apa pulak yg akan hilang..... Mungkin sahabat2 berkhidmat di KTPC lebih mengetahuinya dan boleh berkongsi maklumat seadanya.

[ READ MORE ]

Saturday, July 02, 2011

KTPC MelePAS Lagi – Episod ke 3 (Final Episode kot).....

Pada hari Jumaat 1 Julai, 2011, genaplah seminggu berlakunya episod melePAS KTPC kali ke 3 dlm masa tiga minggu berturut2. Pada minggu lepas semua penghuni bangunan KHTP Business Centre dikejutkan dgn berita kehilangan sebuah kereta syarikat Toyota Camry WQU4848 (warna hitam) yg dilaporkan berlaku pada hari Jumaat, 24 Jun 2011 pada pukul 11.30 pagi. Kereta syarikat KTPC ni digunakan oleh Tuan Haji Annuar Bin Mohd Saffar (THAMS), Naib Presiden, Bahagian Pembangunan Industri dan Penyelidikan. Ketika insiden kecurian ni berlaku, terdapat satu acara sedang diadakan utk semua kakitangan KTPC di tingkat tiga bangunan, iaitu acara makan. 

Menurut pemberi maklumat yg sahih, inilah julung kalinya berlaku kecurian kereta di situ. Sebelum ni hanyalah motosikal saja yg dicuri. Walau pun bangunan KHTP Business Centre ni telah dilengkapi dgn sistem CCTV canggih, kini kereta pula yg dicuri, dan berlaku pada waktu siang hari pulak tu. 

Sebelum kita bincang kes ni dgn lebih lanjut, ada baiknya aku disiarkan email jemputan acara tersebut sebagai rujukan:


Mon 6/20/2011 4:56 PM
From:  Zaharah
Sent To:  ktpcstaff; ktpccstaff
Cc:  Muhamad Sobri Osman; Awang Bin Hashim; Zulkefli bin Ahmad; Annuar Mohd Saffar; Khairul Fithri Osman
Subject:  Majlis Penyampaian Cek Kepada En. Nasruldin Othman
 Attachments: 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa satu majlis penyampaian cek (tuntutan insuran) kepada Encik Nasruldin bin Othman akan diadakan pada hari Jumaat, 24 Jun, 2011 bertempat di Bilik Seminar, Tingkat 1, KHTP Business Center.

Tuan / Puan semua adalah dijemput untuk hadir bersama-sama ke majlis tersebut.

Bersama-sama ini disertakan aturcara majlis untuk rujukan semua.

10.00 pagi         :    Ketibaan tetamu
10.05 pagi         :    Bacaan doa oleh Tuan Hj. Md Shahiran Hasan
10.10 pagi         :    Ucapan Tuan Hj Muhamad Sobri, Presiden KTPC
10.20 pagi         :    Penerangan Plan Takaful oleh pegawai dari Syarikat Takaful
10.50 pagi         :     Majlis penyerahan cek kepada En. Nasruldin bin Othman
11.00 pagi         :     Jamuan Makan
12.00 tgh           :     Majlis Bersurai.

Diharap Tuan/Puan semua dapat hadir ke majlis tersebut untuk memberi sokongan moral kepada En. Nasruldin yang telahpun bersara atas sebab kesihatan.

Sekian, terima kasih.


OK….., berbalik kita kepada kisah melePAS ni.

Manakala kereta itu pula diletakkan di kawasan letak kereta di belakang bangunan.  Gambar rakaman pada CCTV menunjukkan sebuah kereta Saga BLM masuk dan seorang lelaki keluar lalu dgn mudah memasuki Camry yg berkunci, dan dlm masa lebihkurang 1 minit, Camry itu dipandu keluar dari kawasan letak kereta berbumbung khas utk pengurusan tertinggi KTPC (utk VP & ke atas).

Laporan polis telah dibuat dan sehingga kini masih dlm siasatan.

Apa yg ingin dikongsikan dgn pembaca utk sama2 kita renung2kan ialah:

1.      Kepantasan pencuri itu melarikan kereta dlm masa kurang dari 1 minit.
2.     Pencuri seakan tahu bahawa pemilik kereta syarikat itu akan berada di bangunan di tingkat tiga berdasarkan email jemputan syarikat di atas (yg masih berterusan boleh dibolosi)
3.   Juga dimaklumkan bahawa Jabatan Audit Negara telah datang melawat KTPC pada hari Isnin 27 Jun 2011.  Jadi ada kemungkinan ada bahan yg perlu dihilangkan oleh seseorang (ni adalah taktik lama) dgn menghilangkan kereta dan juga utk menimbulkan rasa simpati dari kakitangan syarikat…..?

Berdasarkan sejarah KTPC ni adalah merupakan kali ke2 laporan polis yg melibatkan THAMS.  Laporan pertama ialah mengenai pejabatnya yg telah dipecah masuk pada tahun 2008 di bangunan Pusat IT KHTP. Sabaq sat. dok tengah menggali…..

Jika tidak keberatan, di pohon kpd Tuan Hj Muhamad Sobri Bin Osman, selaku Presiden KTPC melihat semula kes kecurian dan pecah pejabat ni dlm konteks keseluruhan (in totality) dan membuat siasatan rapi dan terperinci mengenai Tuan Hj Anuar Mohd Safar (THAMS).  Adakah terdapat kemungkinan bahawa semua ni merupa kegiatan terancang beliau dgn kuncu-kuncunya di KTPC…..?.  Itu pun kalau berani la…..

Antara barang yg dilaporkan hilang ialah 2 helai baju sahaja (betoi ka ni…..?).  Akhirnya, setelah simpati dgn kehilangan Camry, maka THAMS telah diberikan ganti kereta Volvo (warna hitam) oleh Tuan Hj Awang Bin Hashim, VP merangkap Menteri Pengangkutan & Jaga Kereta KTPC.  Mungkinkah kereta Volvo ni juga akan dicuri nanti…..?  Kita sama-sama tunggu dan lihat.

THAMS khabarnya semakin resah apabila diberitahu oleh Ahmad Shiraz (dah naik pangkat dlm senyap2) bahawa kes CNC Waterjet makin bertambah kusut apabila pH air di KHTP juga mengakibatkan mesin tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya, selain dari isu pemasangan bekalan air yg telah didedahkan sebelum ni.  Sebagai jalan akhir, THAMS kini sedang pukul canang bahawa tugas beliau hanyalah mendapatkan geran, dan spesifikasi mesin bukan tanggungjawab beliau (kalau bukan, tanggungjawab siapa pula…..?).  Biasalah, itu jawapan standard bila kawan kita ni dah mula mengelabah.  Semua orang akan beliau persalahkan melainkan beliau seorang saja yg sentiasa betul.  Maklumlah hanya beliau seorang sahaja di KTPC yg mempunyai double Master (MsC dan MBA) dan sekarang mengikuti dBA (PhD) di UniSA

Kamera CCTV lengkap dipasang,
tempat parking pun dah ada siap ada bumbung lagi,
line kuning parking pun dah ada menepati standard 5S,

tapi hilang jugak kereta.....
[ READ MORE ]

Tuesday, June 28, 2011

KTPC Melepas Lagi..... Episod 2.

Walau pun saban tahun pi ke Jerman, tetapi pada hari Khamis lepas, Hj Sobri sekali lagi menerima tamparan hebat apabila kerajaan DAP Penang telah berjaya “MENCURI” lagi satu projek dari KHTP iaitu projek pembuatan panel solar.

Memang umum telah tahu kegiatan Anuar Safar, VP, KTPC yg selalu peri ke Jerman.  Pada masa yg sama juga, iaitu pada sekitar April 2011, Hj Sobri telah secara solo pi berjumpa syarikat Robert Bosch di Jerman, utk memberi taklimat mengenai KHTP dgn pengurusan tertinggi Robert Bosch.  Pada masa tu beliau mengikuti MIDA Trade Mission pada:

26 March - 2 April 2011 (Sat-Sat)
MIDA Trade & Investment Mission to Europe
Berlin, Germany Vienna, Austria Paris, France

MIDA Schedule of Overseas Trade & Investment Missions 2011
Date
Program
Lead Agency
Country
31 Jan - 3 Feb 2011
(Mon-Thurs)
Trade & Investment Mission to
Syria
(COMPLETED)
MIDA/MATRADE
·   Damascus, Syria
26 Feb - 4 March 2011
(Sat-Fri)
Trade & Investment Mission to
Algeria
(COMPLETED)
MATRADE
·   Algiers, Algeria
26 March - 2 April 2011
(Sat-Sat)
Trade & Investment Mission to
Europe
(COMPLETED
MIDA
·  Berlin, Germany
·  Vienna, Austria
·  Paris, France
16 - 18 May
(Mon-Wed
Malaysia Investment Day
In conjunction with PM's official
visit to New York
(COMPLETED)
MIDA/MITI/BURSA
MALAYSIA/CIMB/
MAYBANK
New York
22 - 24 May 2011
(Mon-Wed)
Trade & Investment Mission to
USA
(COMPLETED)
MIDA
San Jose
6 26 - 30 Sept 2011
(Mon-Fri)
Trade & Investment Mission to
USA
MIDA
Phoenix
Minneapolis
Boston
2-7 Oct 2011
(Sun-Fri)
Trade & Investment Mission to
Europe
MIDA/MATRADE
Rome
Barcelona
Moscow
3-7 Oct 2011
(Mon-Fri)
Trade & Investment Mission to
Taiwan
MIDA
Taipei
Taichung
17-21 Oct 2011
(Mon-Fri)
Trade & Investment Mission to
China
MIDA/MATRADE
Beijing
Chengdu
Nanning
10 Oct-11
Trade & Investment Mission to
Japan
MIDA
TBD
11 Oct-11
Trade & Investment Mission to
Australia
MIDA
Melbourne
Adelaide
12 Nov-11
Trade & Investment Mission to
India
MIDA/MATRADE
Mumbai
Hyderabad
Malaysian Industrial Development Authority
investmalaysia@mida.gov.my

Umum juga dah tau bahawa banyak projek teknologi tinggi  berskala besar telah ke Senai Hi-Tech Park di Johor.  Buat masa la, Hj masih boleh kelentong Wisma bahawa ianya adalah sabotaj Kerajaan Pusat, dan beliau tidak boleh berbuat apa-apa langsung.

Tetapi kini beliau menerima tamparan hebat apabila jiran se Pakatan Rakyatnya telah berjaya “HIJACK” projek tersebut dari genggaman PAS Kedah.  Habis la idea beliau utk kelentong Wisma kali ni.

Terkini, 23 Jun, Khamis lepas, dikhabarkan Hj Sobri menangis dlm sedu dan menangis dlm tangisan apabila Kerajaan Penang aka LGE United telah berjaya melobi syarikat Robert Bosch utk menempatkan projek mereka di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. 

Cuba kita baca berita di bawah ni dgn teliti:


Thursday June 23, 2011

By FINTAN NG

PETALING JAYA: Stuttgart-based technology company Robert Bosch GmbH is investing RM2.2bil in a solar panel manufacturing plant in Batu Kawan, Penang, to mainly serve Asia's growing demand for solar energy.

The new plant would provide employment opportunities for 2,000 people, which would be an increase of some 40% of Robert Bosch's current workforce in the country, said Robert Bosch solar energy division head and Bosch Solar Energy AG chairman, Holger von Hebel.

He said this at a briefing yesterday following the announcement of the company's results for the financial year ended Dec 31, 2010 (FY10).

The investment comes on the heels of a recent announcement to build another manufacturing facility in Venissieux, France, to serve the southern European markets.
Von Hebel: Production will start by the end of 2 013
Von Hebel said construction of the Batu Kawan plant, to be located on an 80-acre site, would begin before the end of this year, with production to start by the end of 2013.

He said the new plant would also support and deliver components to other plants in North America and Europe.

The venture, said to be one of the largest overseas investment ever made by Robert Bosch, would further cement the global strategy of the company's photovoltaics business and presence in Asia, where solar energy demand is expected to see an average annual growth of 30% in the coming years.

“The planned facility will cover the entire value-added chain, from silicon crystals known as ingots and solar cells to the modules which can be installed on roofs or in solar power plants,” von Hebel said.

He said the plant would have an annual capacity of 800 megawatts peak (MWp) for wafers and 620MWp peak for cells. This would be on top of producing solar power plants with a total output of 640MWp and module production lines of 150MWp.

According to von Hebel, the company expect sales from the solar energy division to exceed one billion euros this year.

“The decision to build a new site in Asia reflects general developments in the global market for photovoltaics. By 2020, total installed output in the region is expected to reach some 130 gigawatts peak,” he said.

He added that the company's main plant in Arnstadt, Germany, together with the Batu Kawan plant would complement each other and help secure the future of the photovoltaics business.

Robert Bosch (SEA) Pte Ltd and Robert Bosch Sdn Bhd managing director Martin Hayes said South-East Asia contributed RM2.07bil in sales turnover for FY10, with Malaysia contributing RM555mil, a 37% increase from FY09.

“Last year saw an outstanding performance for the region coming after the recession,” he said, adding that Malaysia was the second-largest contributor to Robert Bosch's sales in South-East Asia.


Hj Sobri diberitakan amat kecewa dgn “PRESS RELEASE” ni.

Perlu diingatkan bahawa insentif MIDA adalah sama utk semua lokasi di Malaysia, tiada beza antara negeri atapun fahaman politik. Malah DG MIDA pun duduk dlm Lembaha Pengarah KTPC merupakan “ADVANTAGE” kpd KHTP.

Dah la jawatan AJHK PAS Kedah pun Hj Sobri melepas….. pelaburan pun melepas….. banyak kali dah terlepas…..

Hj Sobri perlu dipersalahkan dlm hal ni kerana gagal menarik pelaburan memandangkan tenah telah tersedia ada dan segala prasarana telah lengkap di KHTP.

Juga aku dikhabarkan pada hari Jumaat 24 Jun 2011, KTPC sekali lagi mengalami kehilangan. Nak tahu apa yang hilang…..? Akan aku dapatkan laporan yg terperinci dari sumber maklumat yg sah lagi sahih dlm “posting” akan datang…..

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top