Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Kemaruk KHTP Mencari Ehsan.....

Terjumpa aku satu email yg agak mencuit hati utk aku kongsi bersama dgn pembaca. Mungkin benda ni biasa saja, tapi…..


From:  Patrick Teh                 Sent:  Tue 12/20/2011 11:37 AM
To:  ktpccstaff; ktpcstaff; kitstaff; kgcrstaff; 'machitouh abu bakar machitouh'; Laily Gmail
Cc:  Muhamad Sobri Osman; Awang Bin Hashim; Norizan Dollah
 Subject:  Pakaian Untuk Lawatan Timbalan Menteri (Perdagangan) MITI, 22.12.11, 9.30 pagi, KGCR Ballroom

Tuan/Puan,

Semua pegawai KTPC, KTPCC, KRDB, KGCR, KTMSB, KBioCorp dan KIT dijemput ke majlis Penyampaian Sijil Amalan Persekitaran (5S) pada tarikh, waktu dan di tempat seperti tersebut di atas. Program tentatif ialah seperti berikut:

09.30pagi Ketibaan tetamu
10.00pagi Ketibaan Dato' Mukhriz
10.15pagi Ucapan Aluan President KTPC
10.30pagi UcapanKetua Pengarah MPC
10.45pagi Ucapan Dato Mukhriz
11.15pagi Penyampaian Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti dan sesi bergambar
11.35pagi Sidang media
12.00tgh   Jamuan Tengahari

Kod Pakaian:

1. Penolong Pengurus Ke atas = Formal (Black Coat and Pants, Shirt and Tie)

2. Lain-lain Pegawai-Pegawai = Pakaian Korporat KTPC Group

Setiap HR department KTPC dan anak syarikat diminta untuk mengambil kedatangan pegawai masing-masing pada majlis tersebut. Senarai kedatangan yang lengkap bolehlah diserahkan kepada Puan Norizan nanti.

Sila tujukan sebarang pertanyaan mengenai Kod Pakaian kepada bahagian Admin/HR.

Sekian, terima kasih.
Patrick


Alahai Sobri oiiiii….., takkan nak bagi 5’S pun kena panggil Datuk Mukhriz kot…..? Sepatutnya kerja ni utk State Exco saja, tambahan pula PAS yg perintah kena tunjuk la sikit kebanggaan Kerajaan PAS tu betapa hebatnya implementation KEJAYAAN 5’S di KHTP….. Sekurang2nya boleh jadi contoh and bawa staff yg terlibat tu implement kat Wisma Negeri pulak. 

Lain la kalau nak umum pelaburan baru, ok la nak jemput Timbalan Menteri MITI….. 

Ataupun….. Sobri ni nak start jln jarum 2012 kot…..? Dah mula MEMBODEK Datuk Mukhriz nampak….. 

NOTIS LAWATAN DATO’ MUKHRIZ KE KTPC DAN KULIM HI-TECH PARK; TANDA2 AWAL AKAN KEMBALINYA TAMPUK PEMERINTAHAN KEDAH KEPADA BN. 

PS…. 

Kpd Datuk Mukhriz, entahlah apa yg nak dibanggakan sangat dgn 5’S di KHTP tu…..? Terlalu banyak kepincangan di dlm pentadbiran Sobri tu. Kalau boleh Datuk bawa SPRM and Auditor turun sama, kita tengok sapa yg pucat…..

[ READ MORE ]

Wednesday, February 16, 2011

SPRM Siasat Semula Wang Memali.

Aku terbaca di dlm Forum Utusan Malaysia bertarikh 15 Januari 2011 di bawah tajuk "SPRM Siasat Semula Wang Memali (klik sini)". Bagi sesiapa yg terlepas pandang, aku petik artikal tu utk renungan kita bersama. Surat terbuka ni ditulis bagi mencabar pihak tertentu supaya perkara ni dapat diambil tindakan.

PERTAMANYA saya meminta maaf kepada Utusan Malaysia yang dicela kerana tulisan saya bertajuk Tabung Memali: Saya Fitnahkah? yang disiarkan pada 31 Januari lalu.

Tulisan kolumnis Harakah, Zulkifli Yahaya bertajuk ‘PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali (klik sini)’, telah menuduh Utusan Malaysia dan RTM sebagai lalat dan langau yang menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu.

Tulisannya yang disiarkan Harakah 7 hingga 12 Februari 2011, membuktikan dia tidak faham etika media. Apakah Utusan bersalah hingga diibaratkan seperti serangga yang jijik semata-mata menyiarkan tulisan saya?

Seharusnya saya yang patut dipersalahkan kerana menghantar tulisan itu kepada Utusan. Utusan sekadar melayan isu terutama menyentuh kepentingan umum seperti Tabung Memali.

Apakah selama ini, Utusan tidak pernah menyiarkan isu-isu rasuah, penyelewengan dan pecah amanah membabitkan pimpinan UMNO/BN?

Sekiranya Zulkifli membaca buku saya, Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali dan faham isi kandungannya, tentu ulasannya tidak melalut tak tentu pasal. Persoalan yang ditimbul oleh Zulkifli semuanya telah saya jelaskan dalam buku tersebut.

Seperti diakui Zulkifli, Tabung Memali diwujudkan Badan Perhubungan Pas di Kedah untuk tujuan kebajikan balu-balu, anak yatim dan mangsa Memali. Jelas di sini Pas Kedah adalah pihak pertama bertanggungjawab atas apa-apa penyelewengan yang berlaku.

Tetapi kenapa Pas Kedah tidak membuat siasatan atas laporan yang saya hantar kepada pihak AJK Disiplin Pas Pusat? Hingga memaksa saya membuat laporan polis pada 27 Julai 2000.

Tahukah Zulkifli apa berlaku setelah saya membuat laporan polis? Setiausaha Madrasah Memali ketika itu, Muhamad Yusuf Husin yang diamanahkan mengurus Tabung Memali, mengerahkan beberapa orang jawatankuasa kawasan membantunya siang malam menyiapkan penyata kewangan Tabung Memali.

Akhirnya penyata yang tidak lengkap diserahkan kepada pihak PDRM. Tetapi, kerana keputusan PDRM (kalau benar ada laporan) dalam isu laporan saya ini seolah-olah menyebelahi Pas, maka PDRM dipuji oleh Zulkifli sebagai unit paling profesional dari Bukit Aman. Andainya keputusan itu sebaliknya, PDRM tentunya akan dituduh tali barut kerajaan atau ejen BN/UMNO.

Kalau ada, saya cabar Zulkifli mendedahkan jawatankuasa penuh Tabung Memali dalam kolumnya akan datang. Saya berjanji, semua nama-nama itu akan diserahkan kepada SPRM. Saya yakin mereka boleh beri kerjasama yang baik dengan pegawai-pegawai SPRM dalam soal siasat kelak.

Report Polis terbaru dibuat pada 28/01/2011 di Balai Polis Baling.


Selepas peristiwa Memali pada tahun 1986 satu ceramah besar-besaran untuk tabung itu telah diadakan di Kg. Kabu Sepuluh, Yan, Kedah. Saya juga hadir malam itu. Kesesakan lalu lintas malam itu memang luar biasa. Sehingga penceramah terakhir Hadi Awang selesai memberi ceramah, berpuluh kereta lagi belum sempat sampai ke tempat ceramah. Kutipan derma malam itu, lebih seratus ribu ringgit. Wang siling tidak sempat dikira kerana terlalu banyak.

Saya ingin bertanya, khususnya mangsa Memali, balu-balu dan anak yatim Memali juga hendak tahu, di mana wang itu? Siapa yang menyimpannya? Apakah kutipan ini ada dalam penyata seperti yang diserahkan pada PDRM?

Insya-Allah demi kebenaran, saya akan minta SPRM teliti semula isu ini, kerana saya belum puas hati dengan laporan saya tahun 2000 yang lalu. Kenapa tidak disiasat secara telus?

Itu baru kutipan satu malam ceramah. Apakah Pas ada rekod berapa siri kutipan derma yang mereka adakan mulai tahun 1986 ketika tabung itu ditubuhkan hingga tahun 2002 ketika tabung ditutup.

Saya harap Zulkifli jangan mudah menyebut isu Tabung Memali ini telah selesai, lapuk dan berkubur.

Jika saudara mengibaratkan Utusan sebagai lalat dan langau yang berkeliaran di tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk, sedarlah bahawa secara tidak langsung saudara mengakui dalam parti kesayangan saudara pun telah ada bahan busuk yang sedang dihidu oleh lalat dan langau.

Awas jangan tunggu sampai lalat hijau yang datang. Tolong bersihkan segera.

C.N Al-AFGHANI
Memali, Baling

Maklumat yg aku dapat, hingga kehari ni, persoalan isu kemana hilangnya wang tabung Memali tidak dijawab oleh PAS Kedah mahupun PAS Pusat. Malah mereka menfitnah bahawa penulis buku ni berbohong. Ada sesetengah pihak cuba menegak benang yg basah. Ada yg mengatakan "salah Senator Yusuf Husin tu sikit aja tapi kena lihat banyak mana jasa yg dia dah buat uth PAS".

Aku tak paham sejauh mana pemikiran org PAs yg dunggu boleh berfikiran begitu. Adakah menggelapkan wang mangsa Memali termasuk balu apatah lagi anak2 yatim dikatakan kesalahan kecil...? Agama mana yg mengajar mereka berpendapat sedemikian...?

Pakat2 pikiaq laaaa...

[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top