Wednesday, February 16, 2011

SPRM Siasat Semula Wang Memali.

Aku terbaca di dlm Forum Utusan Malaysia bertarikh 15 Januari 2011 di bawah tajuk "SPRM Siasat Semula Wang Memali (klik sini)". Bagi sesiapa yg terlepas pandang, aku petik artikal tu utk renungan kita bersama. Surat terbuka ni ditulis bagi mencabar pihak tertentu supaya perkara ni dapat diambil tindakan.

PERTAMANYA saya meminta maaf kepada Utusan Malaysia yang dicela kerana tulisan saya bertajuk Tabung Memali: Saya Fitnahkah? yang disiarkan pada 31 Januari lalu.

Tulisan kolumnis Harakah, Zulkifli Yahaya bertajuk ‘PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali (klik sini)’, telah menuduh Utusan Malaysia dan RTM sebagai lalat dan langau yang menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu.

Tulisannya yang disiarkan Harakah 7 hingga 12 Februari 2011, membuktikan dia tidak faham etika media. Apakah Utusan bersalah hingga diibaratkan seperti serangga yang jijik semata-mata menyiarkan tulisan saya?

Seharusnya saya yang patut dipersalahkan kerana menghantar tulisan itu kepada Utusan. Utusan sekadar melayan isu terutama menyentuh kepentingan umum seperti Tabung Memali.

Apakah selama ini, Utusan tidak pernah menyiarkan isu-isu rasuah, penyelewengan dan pecah amanah membabitkan pimpinan UMNO/BN?

Sekiranya Zulkifli membaca buku saya, Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali dan faham isi kandungannya, tentu ulasannya tidak melalut tak tentu pasal. Persoalan yang ditimbul oleh Zulkifli semuanya telah saya jelaskan dalam buku tersebut.

Seperti diakui Zulkifli, Tabung Memali diwujudkan Badan Perhubungan Pas di Kedah untuk tujuan kebajikan balu-balu, anak yatim dan mangsa Memali. Jelas di sini Pas Kedah adalah pihak pertama bertanggungjawab atas apa-apa penyelewengan yang berlaku.

Tetapi kenapa Pas Kedah tidak membuat siasatan atas laporan yang saya hantar kepada pihak AJK Disiplin Pas Pusat? Hingga memaksa saya membuat laporan polis pada 27 Julai 2000.

Tahukah Zulkifli apa berlaku setelah saya membuat laporan polis? Setiausaha Madrasah Memali ketika itu, Muhamad Yusuf Husin yang diamanahkan mengurus Tabung Memali, mengerahkan beberapa orang jawatankuasa kawasan membantunya siang malam menyiapkan penyata kewangan Tabung Memali.

Akhirnya penyata yang tidak lengkap diserahkan kepada pihak PDRM. Tetapi, kerana keputusan PDRM (kalau benar ada laporan) dalam isu laporan saya ini seolah-olah menyebelahi Pas, maka PDRM dipuji oleh Zulkifli sebagai unit paling profesional dari Bukit Aman. Andainya keputusan itu sebaliknya, PDRM tentunya akan dituduh tali barut kerajaan atau ejen BN/UMNO.

Kalau ada, saya cabar Zulkifli mendedahkan jawatankuasa penuh Tabung Memali dalam kolumnya akan datang. Saya berjanji, semua nama-nama itu akan diserahkan kepada SPRM. Saya yakin mereka boleh beri kerjasama yang baik dengan pegawai-pegawai SPRM dalam soal siasat kelak.

Report Polis terbaru dibuat pada 28/01/2011 di Balai Polis Baling.


Selepas peristiwa Memali pada tahun 1986 satu ceramah besar-besaran untuk tabung itu telah diadakan di Kg. Kabu Sepuluh, Yan, Kedah. Saya juga hadir malam itu. Kesesakan lalu lintas malam itu memang luar biasa. Sehingga penceramah terakhir Hadi Awang selesai memberi ceramah, berpuluh kereta lagi belum sempat sampai ke tempat ceramah. Kutipan derma malam itu, lebih seratus ribu ringgit. Wang siling tidak sempat dikira kerana terlalu banyak.

Saya ingin bertanya, khususnya mangsa Memali, balu-balu dan anak yatim Memali juga hendak tahu, di mana wang itu? Siapa yang menyimpannya? Apakah kutipan ini ada dalam penyata seperti yang diserahkan pada PDRM?

Insya-Allah demi kebenaran, saya akan minta SPRM teliti semula isu ini, kerana saya belum puas hati dengan laporan saya tahun 2000 yang lalu. Kenapa tidak disiasat secara telus?

Itu baru kutipan satu malam ceramah. Apakah Pas ada rekod berapa siri kutipan derma yang mereka adakan mulai tahun 1986 ketika tabung itu ditubuhkan hingga tahun 2002 ketika tabung ditutup.

Saya harap Zulkifli jangan mudah menyebut isu Tabung Memali ini telah selesai, lapuk dan berkubur.

Jika saudara mengibaratkan Utusan sebagai lalat dan langau yang berkeliaran di tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk, sedarlah bahawa secara tidak langsung saudara mengakui dalam parti kesayangan saudara pun telah ada bahan busuk yang sedang dihidu oleh lalat dan langau.

Awas jangan tunggu sampai lalat hijau yang datang. Tolong bersihkan segera.

C.N Al-AFGHANI
Memali, Baling

Maklumat yg aku dapat, hingga kehari ni, persoalan isu kemana hilangnya wang tabung Memali tidak dijawab oleh PAS Kedah mahupun PAS Pusat. Malah mereka menfitnah bahawa penulis buku ni berbohong. Ada sesetengah pihak cuba menegak benang yg basah. Ada yg mengatakan "salah Senator Yusuf Husin tu sikit aja tapi kena lihat banyak mana jasa yg dia dah buat uth PAS".

Aku tak paham sejauh mana pemikiran org PAs yg dunggu boleh berfikiran begitu. Adakah menggelapkan wang mangsa Memali termasuk balu apatah lagi anak2 yatim dikatakan kesalahan kecil...? Agama mana yg mengajar mereka berpendapat sedemikian...?

Pakat2 pikiaq laaaa...

[ READ MORE ]

Friday, February 11, 2011

Cerita Staf KBioCorp Pulak.

Kalau nak tau Kedah Biotechnology Corporation Sdn Bhd (KBioCorp) ni adalah salah satu anak syarikat KTPC.

Aku ingat ka KTPC dan KTMSB saja ada masalah RM… Rupa2nya KbioCorp pun ada juga tergelincir bila mai bab RM ni. Heran…heran…heran…

 Ada sorang Eksekutif yg membuat pengakuan menerima RM20,000 dari pihak kontraktor utk projek 'Pilot Plant' tetapi tak ada tindakan diambil oleh Hj Sobri, malah la ni khabarnya telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus pulak.

Dalam pengakuannya, Eksekutif ni bagi tau bahawa duit tu digunakan utk membeli sebuah kereta second hand yg mana telah terlibat dgn kemalangan Duit RM20,000 ni pulak di bank-in dalam akaun Maybank beliau. Ini berlaku sekitar tahun 2007 kalau tak silap. 

Hj Sobri, Presiden KTPC amat maklum dgn hal ni, tapi memilih utk tak mengambil sebarang tindakan malah mengatakan Eksekutif tu tak bersalah sebab kontraktor tu yg nak bagi, bukan Eksekutif tu yg mintak. Hal ini memang terdapat dokumen dan perbualan pengakuan beliau ini juga dirakam, jadi pengakuan ini adalah secara sukarela, tiada paksaan.

Kes ni pula diketengahkan semasa Hj Sobri sekitar bulan March/April 2009. Hj Sobri ni seorang yg kurang minat membaca dan dokumen kes ini juga tak diteliti.

 Hj Sobri ni memang seorang yg berani utk mengambil tindakan, tapi sorang kaki ampu ni iaitu Pengurus Sumber Manusia KTPC juga patut dipersalahkan kerana memberi nasihat yg kurang tepat kpd  Hj Sobri. Mungkin dia nak cover apa2 entah la…

Jika Presiden KTPC melindungi perasuah, maka beliau juga layak menerima hukuman dari SPRM, samalah seperti orang yg menerima rasuah.

[ READ MORE ]

Wednesday, February 09, 2011

Pening Dgn Pengaliran RM Di KTMSB.

Gali dah aku gali…
Korek dah aku korek…
Selam dah aku selam…
Jawapan tak kunjung tiba… (Tapi dengaq kata semua pakat dok ketaq... dok cari sapa yg bocoq…)
Ingatka nak tutup buku sat pasai permasalahan di Kulim Hi-Tech, tengah dok menyelit keluaq terjengoi mai pulak dah benda baru…

Kali ni masalah dgn KTMSB (Kulim Technology Management Sdn. Bhd.) la pulak. Dikatakan perkara ni berlaku lama dah since 2005 tapi apa tindakan yg kena pada manusia2 dlm tu…?

Aku harap apa yg aku tulis ni dapat difahami sebab, bukti2 yg aku selam ni hanya dlm bentuk email.  Tapi aku percaya mesti paham aih...

Emai yg dihantar oleh Shaliza kpd Hod, Nah, Sab, Naj dan Di:

Mokhtar

Sorry I have not receive any reply from anybody on the collection, so I don't think I can help you with VA Dynamic and also I don't know how to pay the salary... I am trying to get an advance from KTPC to pay the facility for RM100,000.

Dear Managers

Please work on your collection because our cashflows is very very tight now at least to cover your salary, if not I have to delay payment of salary which is due on 27 November 2005. Please help....

TQVVM... (Thankyou Very-Very Much – mendalam bunyi ni… kah…kah…kah…pinjam sat gelak GMC)

Email yg dijawab oleh Moktar kpd Hod dan cc  Nuar:

All,
By not responding to Shaliza’s email regarding CASH FLOW is NOT HEALTHY and this matter has been going on for quite a while. If we go on forever trying to run away from CASH FLOW issues, I only have this to say, “WE WON’T LAST LONG”.

I know that nobody likes to reminded or being pushed or pressured, especially on cash flow issues, but we have to understand that we need all those for the company to survive, unless we want it to be otherwise.

Rgds.

Mokhtar.


Email dijawab oleh Shalisa kpd Moktar, Hod, Di, Naj, Sab dan cc Nah:

All

I am having a BIG problem which I need everybody attention and action. Early of the year En Annuar has pumped in some cash into our account, amounting to RM1.3M to help our daily operations with a guarantee that the RM1.3M will be collected back by year end. But today my problem grows bigger whereby:

1)     I only managed to have RM100,000 for the RM1.3M- in terms of fixed deposit which will mature next month.
2)     There is one facility of RM90,609 due by 30 Nov 2005.
3)     I have one PD cheque due on 25 Nov 2005 of RM50,000.
4)      I don't have ><RM100,000 to pay Nov salary- we might be paying the salary late and what worries me most is En Annuar won't be around until 13 Dec to sign the salary instruction. Pls inform uyr staff about this.
5)     There are POs which need downpayment of about RM50K to proceed.
6)     En Annuar is leaving the country on 1 Dec 05 and need about RM50,000 which is suppose to come from the RM1.3m.
7)      Payment from MPSP & NAZA (ICT projects) will be made directly to BCBB to settle our short term advance before the balance transferred to our current account.
8)     KTPC is unable to help us with the cash advance request.
9)     Our bank balance is only RM20,000 to pay utilities and etc until I receive payments from you all.

Should anybody needs the detail, feel free to contact me at ext xxx or 019-xxxxxxx

Appreciate your response very very much...

Apa ka jadah yg KTMSB buat ni, sampai
balance account ada RM20,000.00 saja…?

Apa yg berlaku jelas menunjukan ketirisan pentadbiran KTPC dan KTMSB yg bekerja sambil lewa. Dan depa2 ni masih dok bekerja sampai la ni. Yg menjadi mangsa org2 bawahan.

Adakah depa2 ni, kroni kpd Hj Sobri, Anuar Safar, Norsabrina dan Zaidi…?

KTPC ka KTMSB ka Tolong jawab… Atau kita bagi SPRM menggali…

Keluhan Staff KTMSB
[ READ MORE ]

Monday, February 07, 2011

Isu Tender KTPC - Mesin CNC Waterjet.

Inilah mesin CNC yg dibeli.
Gambar ni diambil masa lawatan depa pi German
(Masa dan tarikh adalah benar).

Aku masih lagi dok tunggu jawapan dari Kedahlanie pasai "Isu Tender KTPC - Tender CCTV" malangnya tak mendapatr jawapan. Ataupun saja depa nak sembunyi fakta kot. Ataupun Ustat dah bagi warning kat anak sedara dia Hj. Sobri cuba tutup sebaik mungkin supaya maklumat tak bocoq lagi. Baru2 ni IT KTPC dah ambik tindakan sekat email dari kena intercept.

Dear All,

We have opened an encrypted web mail access.

Mail accessed through this web site that we have prepared are encrypted and if somebody intercepted the email, they will be see junks.

We would like to advise you all to access this new web email access for security reasons.

1.       https://mail.khtp.com.my  secure access. Encrypted.

Thank You.

ITS Department.

Pelan2 kita selam benda ni.
Benda manusia buat segalanya serba mungkin.


Aku rasa ditarik baca komen dari seorang pembaca dari blog Kedah Times dlm artikal bertajuk: "Lagi pasal KTPC ..."

Lagu ni komen dia…
Tanpa Nama berkata... KHAMIS, JANUARI 27, 2011 5:09:00 PM
Ala awatnya nak heran sebab kepala (mastermind)dia Anuar Brahim oops Anuar Mat Sopak tu memang gila bermegah kat org yg kenai rapat dgn dia bahawa dia dah pi sumua tempat dlm dunia ni. kerja dia kolek point enrich. La ni dah tentu tahap platinum. Maka tiap2 tahun dia rancang melancung pakai duit rakyat ni atas tiket nak cari pelabur dan tengok mesin. Piraaah bisnez apa pun tarak masyuk...duit syarikat jugak habih kena sedut. Kalu tak masakan Kulim Techno Management (KTM) selalu tenat. Kerja taik minyak dia la ni semua org tau sampai pengurusan dulu Lembaga Pengarah KTM dah nak buang dia dah tapi lega di selamatkan PAS. Tu lah yg tahi tu tetap busuk walaupun di cover dgn kopiah putih dan jubah! Fikir2 kan lah

Aku nak cerita sikit pasai mesin yg dibeli oleh KTPC, sampai hari ni (16/01/2010 – masa dok korek maklumat) tak tau status dia…

Sapa2 ada maklumat, harap dapat kita kongsi bersama…

Balik cerita kita pasai mesin Waterjet CNC yg KTPC ni beli dengaq kata banyak masalah yg timbul dari segi perjanjian, delay, missed communication dan lain2 yg bersangkutan.

Kalau sembang bab tender di KTPC ni, dulu ada "Audit Committee" yg menyelenggarakan bab2 tender. Tapi la ni dah dihapuskan oleh Anuar Safar. Mungkin alasannya biaq org atasan saja yg membuat keputusan. Pengalaman dia kalau ada "Audit Committee" ni payah buat kerja... kah...kah...kah...(pinjam sat GMC).

Dikabarkan  dlm dokumen CNC Waterjet, syarikat Malaysia "Asian Autotec Sdn. Bhd." diberi tender membekalkan mesin tu. Juga dikabarkan syarikat tu ada hubungan dgn Anuar Safar (syarikat kroni). Dipercayai depa menggunakan syarikat Singapura "Bystronic Pte. Ltd." (equipment supplier) utk sebarang urusan memasukkan RM dlm poket depa sendiri.

Kalau ada kesangsian boleh rujuk "JADUAL RUMUSAN PENILAIAN TENDER UNTUK PAKEJ KTPC/TC/2010/HPWJ/116 TENDER FOR SUPPLY, DELIVERY,INSTALL AND COMMISSIONING OF ADVANCED CNC HIGH PRESSURE WATERJET CUTTING MACHINE." di KTPC. Tu pun kalau depa bagi, dlm dokumen tu tertulis syarikat bernombor 5/7 (mohon maaf sebab aku tak boleh attach pasai besaq sangat).


Harga mesin seperti tertulis  dlm kontrak (CONTRACT NO: KTPC/TC/2010/HPWJ/116) artikal 2 seperti di bawah:

“The Owner shall pay the Contractor a sum of Ringgit TWO MILLION NINE HUNDRED THIRTY NINE THOUSAND EIGHT HUNDRED EIGHTY SIX ONLY (RM2,939,886.00), hereinafter referred to as the “Contract Price”, for the said Project at the office of the Group Chief Executive Officer, Kulim Technology Park Corporation Bhd., Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah, Malaysia.  The Contract Price includes fabrication, assembly, factory test, supply, port handling, loading and unloading at the port discharge, transport and deliver to site, installation, test, commission, and maintain the equipment at  Techno Centre Building, Kulim Technology Park Corporation, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah, Malaysia. The equipment and services referred to above is as per Attachment A and B. The Contract Price includes other costs and  charges such as contingencies, profitability, indirect cost, government duties, currency fluctuation, etc.”

RM2,939,886.00 adalah kos bagi:

“CLAUSE 2 - SCOPE OF WORK/SUPPLY

The Contract comprises the fabrication, assembly, factory test, supply, port handling, loading and unloading at the port discharge, transport and deliver to site, install, test, commission, and maintenance of the following equipment including the costs of :

1.       CNC High Presure Waterjet Cutting Machine, Accessories, Including Software & Hardware as per Document B1.
2.       System Setup, Installation and Commissioning for Civil, Mechanical & Electrical Work Incuding Wiring, Labour, Transportation and Material as per Document B1.
3.       Maintenance Contract Fee For 3 years after 2 years Machine Warranty Period as per Document B1.
4.       Training Fees (materials, trainer etc) at Manufacturer Premises and On-site Training as per Document B1.
5.       Contingencies, Profitability, Indirect Cost, Government duties, Currency Flactuation, ect as per Document B1”.

Perjanjian yg dibuat adalah antara:

KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION BHD
President           
Kulim Technology Park Corporation  Bhd
Suite 3.01-3.02, 3rd Floor,
KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park,
P.O. Box 60, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.
Attention : En Ahmad Shiraz Kamarudin
Tel. : 04-403 2420  Fax No : 04-403 1973

dengan

ASIAN AUTOTEC SDN BHD
Managing Director
No. 15, Jalan Kota Raja 27/L, Seksyen 27,
Hicom Town Centre, 40400 Shah Alam, Selangor.
Attention : En  Abu Yazed b Bakar
Tel.:  03-5192 2005   Fax No. :  03-5192 2006

Antara isu sekarang adalah:

Mengenai bayaran dan status pemasangan.

Shiraz dan Najmi (KTPC) telah dimaklumkan oleh ATEC bahawa KTPC terpaksa membuat bayaran mengikut perjanjian dan terdapat beberapa masalah bagi melakukan pemasangan.

Jawapan Shiraz kpd Hj... 

Salam Hj,

Letter from Asian Autotec.

I dah call this morning cakap dengan Mr Ling Meng Siah, Service Manager, Bystronic Singapore. Daniel on holiday. Wed next week baru balik.

•        I dah mention kat dia water treatment unit mesti kena supply. Kalau tidak kita tak akan bayar. Dia kata tunggu Daniel balik.
•        In the mean time Bystronic akan install temporary tank and filtered water kat machine untuk mereka buat testing.
•        Bystronic juga akan ambil sample water kat Metex to be send to Switzerland for testing.
•        I kata OK tapi payment kita tak akan release selagi water treatment unit tak deliver and bila Daniel balik I suruh dia discuss dengan asian autotec how to solve this problem. KTPC will not pay for the water system unit.
•        Surat ni nak kena jawab balik. Should I send it to Sabki?

Thanks

Ahmad Shiraz Kamarudin
Asst. Manager [Technology Development]


Hj. Anuar jawab:
Salam,

Tak payah jawab lagi... I nak tau Daniel punya response...

Regards,
THAMS

THAMS - Tuan Haji Anuar Mohd Safar

Aku heran pasai pa Hj tak bagi Shiraz maklum pada Sabki dan nak check sendiri jawapan dati Daniel...? Daniel ni MD Bystronic Pte. Ltd.

Dlm masa tu mai pulak msg dari Mokhtar:

Salam Saidin,

We are facing delay in  commissioning the Waterjet at METEX and this has raise concern from the President and Chairman.

Appreciate if you could step in to assist Najmi resolve the issues. Delaying the commissioning will directly effect our revenue.

Problems encountered are :
•           Payment to suppplier
•           Delivery of "Water Treatment System" form Main contractor.
Please get the new target date from Najmi.

TQ/mokhtar

dan Najmi METEX kpd Saidin KTMSB:
Salam En Saidin

Status commissioning Water Jet telah berhenti pada 4/1/2010 dan Technical Engineer drp Bystronic telah pun kembali.

Untuk makluman pihak tuan terdapat satu masaalah yang amat besar yang perlu diselesaikan diantara pihak KTPC,bystronic dan kontraktor Asian Autotec.

Pihak kontraktor menyatakan  pembekalan Water Treatment System adalah bukan dalam skop pembekalan  mereka didalam surat seperti yang saya lampirkan.

Water Treatment System ini adalah jantung kepada mesin tersebut.

Masaaalah ini telahpun diamaklumkan kepada pihak KTPC , dan Encik Ahmad Shiraz sedang berusaha untuk mencari jalan terbaik menandatangani permasaalahan ini.

Sekian Terima Kasih & Wassalam

Najmi Husin
Metex Centre

Apa cerita semua ni...?


Masing2 cuba menunding jari. Masalah timbul sapa pun tak mau mengaku. Cuba menutup pekong masing2, sedangkan kalau refer balik pada agreement seharusnya KTPC yg dipertanggungjawabkan:

CLAUSE 9 - DELIVERIES AND PAYMENTS

(a)              The Contractor shall be responsible for the delivery of the equipment to be supplied under this Contract to the point of delivery elsewhere stated herein.  The Contractor shall notify the Owner in writing of such delivery and shall hand over the equipment and obtain a receipt therefor from the Owner.  The issue of such receipt shall in no way relieve the Contractor from his responsibilities for replacing defective or damaged equipment under Clauses 4 and 5 hereof.

(b)              The following payment procedure shall be adopted:

i)  On Signing of Contract
10 % of the Contract Price
iv) Factory Acceptance Test/Technical Training at 
    Equipment Manufacturer’s premises
10 % of the Contract Price
v) Delivery of  Equipment
    (DDU KHTP Techno Centre)
70 % of the Contract Price
vi) Provisional Acceptance
5 % of the Contract Price
vii)  Final Acceptance and Completion of Scope of  
    Work/Supply (Clause 2)
5 % of the Contract Price

(c)              Owner shall send representative(s) to the Factory Acceptance Test. If Owner is unable to do so, then Contractor is allowed to proceed with payment claim. 

Terlalu panjang aku nak bongkarkan, bukanya apa, takut hangpa tak paham nanti. Aku rasa kalau SPRM masuk nanti baru semua dapat paham.

Kpd yg tak paham, kita boleh tanya dlm komen. Kalau yg tau lebih dati apa yg aku tau, boleh tambah dlm komen.
Gambar Lawatan...




[ READ MORE ]

Wednesday, February 02, 2011

Antara 5 sebab BN menang di Tenang...

Mudah-mudahanan kita ulangi kegemilangan Tenang di Merlimau pula.
[ READ MORE ]

Tuesday, February 01, 2011

Isu Tender KTPC – Tender CCTV.

Di mana berlakunya kelewatan memasang peralatan disebabkan masalah kerana dokumen tender tidak menyebut dengan jelas skop kerja syarikat pembekal tender. Isu CCTV Tender juga terdapat masalah dan ditegur oleh MoF.

(Gambar salinan surat dari MoF)








Teringin aku nak buat pendedahan ni, tapi aku rasa lagi elok kalau KTPC sendiri dapat buat penjelasan pasai benda di ataih ni... Apa kata aku bagi peluang kat depa jawab... Kedahlanie boleh tolong komen kot...?
[ READ MORE ]

Komen Pembaca - MENCARI WINABLE CANDIDATE!!!!. (Pdg Terap).



Aku terbaca satu komen yg menarik dari blog Kedah Times tajuknya “MENCARI WINABLE CANDIDATE!!!!” utk kita kongsi bersama. Tapi sayang penulis tidak meletakkan nama sebenar mahupun nama samaran. Terimakasih.

Assalamu'alaikum and Salam 1 Malaysia.

Saya amat setuju dengan saranan PM dan renacana tuan dan sebagai ahli biasa yang tiada ada mana-mana kepentingan hanya mahukan BN memerintah Kedah kerana mengenangkan jasa BN yang memperjuangkan rakyat dan pembangunan kami sehingga mampu berdiri sama gagah dengan rakyat dibandar dan mengubah senario kehidupan Daerah Padang Terap. Kalau kawasan Padang Terap saya dapati calon yang paling sesuai aalah YB. Dato Syed Sobri kerana apa yang saya tinjau daripada kawasan Kuala Nerang, Pedu dan Naka semuanya memuji beliau dan berpuashati dengan peranan dan amanah beliau laksanakan sebelum dan selepas dipilih sebagai calon. Banyak rugutan daripada kalangan ketua cawangan mahukan Dato' Syed Sobri dicalonkan ke PARLIMEN Padang Terap dan bukannya ADUN kawasan. Kta mereka ini kerana apa yang beliau lakukannya kinipun beliau membantu semua penduduk Daerah Padang Terap tak kira rakyat kawasannya atau DUN Pedu yang meminta pertolongan.

Ramai pemimpin PAS di Bahagian Pedu, Naka dan Kuala Nerang berpendapat kiranya Dato' Syed Sobri ambil Perlimen PAS akan katoi awal-awal lagi.

Ini kita lihat pemimpin PAS Kedah iaitu Nasir Zakaria yang gagal menjalankan amanah dan mentadbirkan Daerah Padang Terap yang sudah sedia dibangunkan oleh Kerajaan BN sebelum mereka ambil alih. Bukan sahaja beliau gagal dalam perpanduan ummah tetapi beliau gagal mentadbir dan menyelenggarakan kemudahan yang tersedia megah dibiarkan mengelami kerosakan tanpa tindakan segera untuk penyelenggaraan.

Pertama kemudahan asal seperti jalanraya yang gagal diselenggarakan menyebabkan tar yang sediada hilang terus dan setengahnya penuh dengan lopakan besar dan dalam. Jalanraya menjadi tinggi rendah beralun disebabkan penggunaan lori-lori mengangkut kayu balak. Banyak kemalangan dialami oleh pembonceng motosikal dan kerosakan harta benda dan kecederaan terutamanya motosikal.

Kedua Kemudahan Asas Bekalan Air bersih. Paling malang Padang Terap gah dengan Ampangan Pedu tetapi rakyat persekitarannya dinafikan mendapat kemudahan berterusan teruatamanya kaum suku sakat Nasir Zakaria sendiri. Paling menyedihkan apabila bulan puasa dan musim perayaan kerana bekalan air terputus ketika waktu berbuka puasa dan waktu tengahai untuk mengambil wuduk solat. Ini bertambah teruk kerana air tiada waktu puncak dihari Raya dan menyebabkan rakyat terpaksa mengambil air sembahyang mengikut ala kadar dan cantuan dan paling menyedihkan untuk kegunaan membasuh peralatan Hari raya.

Ketiga, Kemudahan asas seperti tandas yang disediakan oleh Kerajaan BN gagal diselenggarakan dan amat memalukan kerana ianya tidak dapat digunakan. Sedangkan dalam islam menitik berat soal kebersihan kerana ianya separuh daripada iman.

Keempat, Rumah ibadah terpaksa UMNO memainkan peranan dalam membaiki dan menyelenggarakan sedangkan kerajaan PAS megah dengan amalan Takzirah ceramah mengutu dan mengata UMNO.

Kelima, Khazanah seperti sumber kayu kayan dan flora fauna banyak dimusnahkan secara rakus tanpa belas ehsan dan banyak kawasan tadahan air dihapuskan menyebabkan kemusnahan ketara dan banjir lumpur.

Keenam, Pendidikan, PAS gagal dalam memberi mutu pendidikan kepada rakyat Padang Terap. Kita lihat Sekolah yang memberi didikan awal Nasir Zakaria beliau gagal memberi sumbangan dan sokongan moral bahkan ADUN UMNO yang tiada ada kepentingan membantu menaikkan Sek. Keb. Belukar Luas, Naka dengan memberi semangat moral dan bantuan kewangan bagi menaikkan imej dan mutu pendidikan.

Ketujuh, Kerajaan PAS yang dipimpin oleh Nasir Zakaria gagal dalam menyediakan perasarana kemudahan asas seperti komputer kerana UMNO/BN bermurah hati memberi komputer dan membina perpustakaan kepada rakyat Padang Terap.

Kelapan, Ehsan yang dijanjikan untuk kebajikan golongan emas dan ibu tunggal gagal ditunaikan bahkan UMNO yang memberi bantuan dan membantu seadanya dan memberi rumah PPRT kepada yang memerlukannya.

Kesembilan, Tiada Ehsan dan simpati terhadap rakyat yang menimpa musibah sepertimana yang telah diwar-warkan mangsa ribut di KEDA Bendang Tok Teri, Naka dimana YB Nasir Zakaria menghilang diri ke Kuala Lumpur.

Kesepuluh, Pemimpin PAS seperti Nasir zakaria ini terlalu ego dan dan syok sendiri sehingga belanjawan yang dibentangkan oleh PM dipersendakan walaupun ianya telah memberi komitmen yang positif dan menjana ekonomi bahkan dakui oleh Negara lain bahkan dicemburui oleh Negara pimpinan sahabat baik Nasir Zakaria iaitu Lee Kuan Yew.

Maaf kerana kalau nak senaraikan terlalu banyak dan tuan-tuan lihat sendiri perkembangan Kuala Nerang yang begitu lembab dewasa ini dan kalau adapun hanya pembangunan daripada BN sahaja. Tak dinafikan kerja Nasir Zakaria hanya gah membina markaz PAS sahaja sedangkan untuk rakyat dinafikan. Apakah ini pemimpin yang mempunyai ciri2 islam sedangkan perpanduan UMMAH ahlinya sendiri cacamerba. Inilah dia pemimpin yang cakap tak serupa bikin dan tiada pimpinan untuk kesejahteraan rakyat hanya gah gambar menunjukkan keegoaan dan kesombongan sahaja. Tak Percaya lihatlah webnya.

Petikan dari komen blog Kedah Times “MENCARI WINABLE CANDIDATE!!!!”.
[ READ MORE ]

KUIN Oh KUIN...(Siri 1).

GMC oh GMC... Hang ni tak sudah-sudah korek maklumat dah tu hang tibai sepuas hati aih... Tak takut kena saman dengan puak PAS ka...?


Cerita terbaru hang “AZIZAN RAZAK MUHONG LAGI !! Kah..kahh..kahhh” (klik sini) timbul pulak pasai KUIN.

Sekali lagi aku nak minta maaf pasai nak ulas lebih sikit. Hang laju sungguh…

Seperti mana yang aku baca dari blog Sungguhka tajuk “Cerita Sebenar Tok Mahfuz Marah” (klik sini), dan “RM62,000,000.00 Tambahan Hutang Kerajaan Kedah Setiap Tahun” (klik sini), aku nak buat olahan sikit. Mohon izin GMC dan Sungguhka… (macam dlm sidang dewan la pulak)…

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Permasalahan bergelodak antara BDB dan Kedah Sato berkenaan : KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling dalam pembinaan. – Sungguhka.

Al-kisah lebih kurang lagu ni ceritanya…

Kerajaan negeri Kedah telah meluluskan pembinaan kampus tetap baru KUIN di Kuala Ketil. Kerajaan Negeri Kedah mengarah Bina Darulaman Berhad (BDB) menguruskan segala urusan projek ini. Dalam masa yg sama, kerajaan dgn sendirinya melantik sebuah syarikat perunding “PAZA Runding” selaku Jurutera Perunding projek pembinaan KUIN. Kerajaan Negeri turut mengenalpasti dan menjamin pembiayaan kewangan dari institusi-institusi kewangan.

Mau tak mau, BDB terpaksa menerima PAZA Runding tanpa boleh membuat keputusan melalui pemilihan lembaga BDB. Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik telah melantik Kedah Sato Sdn. Bhd. secara terus melalui konsep  ‘Design n Build’.

Aku teringin nak jawab soalan yg GMC tanya kat Ostat, sapa tu PAZA Runding…? Aku gerenti Ostat nanti jawa “AKU TAK TAU”… Hang kesian la sikit kat Ostat tu GMC… banyak benda dia nak buat, boleh Exco pun tunggang-langgang pakat kalut nak keluar negara. Tambah NCIR baguih punya budget dok ada… nak jadikan Kedah Belanda katakan…

PAZA Runding sebenarnya adalah syarikat milik penuh YB Datuk Hj Ir. Phahrolrazi bin Hj Zawawi akan tetapi sayang sikit aku tak dapat buktikannya sebab sebelum kerajaan Kedah melantik PAZA Runding, YB ni dah pindah milik syarikat kepada org lain. Bab ni tobat depa nafi punya… Aku tak dak kaki yg boleh check detail dgn Jabatan Arkitek. Kalau sapa-sapa dapat bantu Alhamdulillah…

PAZA RUNDING (000772091A) (465-00000218)
LOT 143-A, TINGKAT 1, KOMPLEKS ALOR STAR,
LEBUHRAYA DARULAMAN, 05100 ALOR STAR,KEDAH
No. Tel : 04-7339216 NO. FAX : 04-7339216
paza_as@tm.net.my

Difahamkan projek  pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180,000,000.00. BDB membuat loan dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340,000,000.00. Kerajaan Negeri Kedah sebagai guarantor loan.

Bina punya bina malangnya Kedah Sato telah kekurangan RM utk meneruskan pembinaan KUIN. Terpaksa la depa cari kambing hitam utk dikorbankan (macam GMC kata tu). DBD melantik IJM tanpa melalui proses tender atau sebut harga. Ini yg buat Tok Mahfuz marah. turut diberi peluang untuk terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang bersesuaian oleh ’Total Sub-Contractor’ yang bakal dilantik.

Kini pembinaan Kampus KUIN menghadapi masalah yg amat runcing sekali. Terlalu banyak hanki-penki dok tengah melanda. Antaranya:

1.       Kampus ni dijadualkan siap pada September 2012. Sepatutnya progress projek ni dalam 20%-30%, tapi malangnya hingga kini baru mencapai 9.7%.

2.       Pihak Perunding sehingga kini menjalankan kerja tanpa seorang ketua.

3.       Tak dak sebarang kordinasi. Jurutera serta syarikat yg terlibat gagal mengemukakan cadangan, reka bentuk, lukisan bina serta dokumen-dokumen yang mencukupi betul dan jelas.

Projek ini berjalan dengan masalah yang kronik, kritikal, tanpa halatuju yang jelas dari Projek S.O [Teknikal] untuk membuat keputusan yang lebih berkesan dan menuju pada masalah yang lebih besar dalam masa terdekat

Bersambung… 
[ READ MORE ]

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top