Wednesday, October 09, 2013

Pendedahan DAP 9 - DAP Cuba Untuk Rasuah ROS Dengan RM 500,000.00.


Adalah sukar untuk mempercayai bahawa Dinasti Lim kini berusaha keras untuk mengharamkan DAP. 

Tetapi inilah hakikat yang sebenarnya.

Selepas tanggal 29 September 2013 CEC, kedudukan DAP semakin tenat. Menurut perlembagaan, DAP, untuk mengadakan pilihan raya semula, DAP harus mengemukan calon dan wakil-wakil yang sama dengan 10 minggu notis akan dikeluarkan kepada semua wakil-wakil.

Tetapi DAP telah melanggar kedua-dua peraturan di atas. Mereka hanya mengemukan senarai calon-calon 2012 sahaja dan notis diberikan dalam masa 4 minggu.

DAP juga menukar status cawangan dari siil B kepada sijil A. Ini adalah untuk membolehkan mereka menjadi wakil CEC di dalam pemilihan semula. Sebanyak 120 cawangan telah dinaik taraf dari sijil B kepada A sijil dan ini melibatkan 450 perwakilan.

Kerja jahat Lim Guan Eng dengan bantuan daripada kedua-dua hamba Tony Pua dan Anthony Loke telah diketahui oleh 5 Harimau. Berita ini telah merebak dan akan menjadi bencana baru kepada Dinasti Lim.

Masalah demi masalah muncul dan ini membuatkan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Tony Pua tidak senang duduk. Sehari selepas pilihan raya semula, mereka dipanggil Karpal Singh untuk membincangkan perkara ini. RSN Rayer turut hadir pada mesyuarat itu.

Di dalam mesyuarat itu, mereka telah sebulah suara membuat keputusan bahawa cara terbaik untuk selamat adalah dengan mengharamkan DAP dan mendaftarkan semula parti.

Mereka mahu DAP diharamkan dengan harapan ROS tidak akan menggeledah dan mendedah perkara yang kotor tersembunyikan di bawah karpet DAP yang secara langsung merujuk kepada Lim Guan Eng.

Untuk membolehkan semua strategi ini dilaksanakan, mereka memerlukan bantuan daripada ROS. Maka muncullah RSN Rayer. Beliau diminta untuk berurusan dengan ROS dan menawarkan jumlah rasuah RM500,000.00 supaya DAP dapat diharamkan serta-merta.

Pengharaman DAP bukan sahaja akan menutup Lim Dynasty, tetapi boleh menimbulkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.

DAP mengharapkan rakyat Malaysia akan melihat bahawa BN melalui ROS adalah dalang yang membuat DAP diharamkan. Dalam masa akan membuat perasaan masyarakat Cina tersinggung dan menentang BN.

Apabila DAP diharamkan dan didaftarkan semula, adalah peluang yang terbaik untuk Dinasti Lim menendang keluar semua musuhnya termasuk 5 Harimau. Kemudian mereka akan membuat perlembagaan baru dan menetapkan kedudukan seorang Setiausaha Agung memegang tanpa had. Ini akan membolehkan Lim Guan Eng kekal di kerusi itu selama-lamanya.

Kesimpulan daripada ini, DAP yang diharamkan serta-merta akan memberi millage politik dan keuntungan bagi Dinasti Lim supaya mereka terus mengukuhkan kuasa dan pemerintahan mereka. - Peter


0 comments:

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mantan Perdana Menteri Malaysia

Anda mencari PEKRJAAN.....?

back to top